Cara nak tulis entri panjang seperti penulis Novel

Hari ni  saya nak cerita pasal  cara menulis entri supaya panjang dan meleret leret. Kebiasaannya banyak di guna oleh penulis novel supaya novel tu dapat siap dalam 300 helai. Sedangkan pada asalnya kalau di pendekkan dan di ringkaskan sinopsisnya hanya sepanjang 1@2 muka sahaja.hehehe.

Itulah rahsia dan juga kemahiran berbahasa penulis novel. Setiap perkataan atau perkara  boleh di detailkan dan di personafikasikan dengan panjang lebar. Di bawah ini adalah salah satu teknik atau kaedah menulis panjang dan meleret2.


Ok contohnya begini :


Tajuk: Pagi Ahad Saya
(kunci kata jam sahaja)

Hari ini hari ahad. Bangun pagi tadi jam di dinding yang berwarna merah keemasan itu menunjukkan pukul 6 pagi. Jam itu adalah hadiah dari seseorang yang istimewa.Jam yang di perbuat dari plastik bukanlah bermakna cintanya itu ibarat plastik. Aku kenal dengan dia sudah lama.Pasti masa dan jam tidak membohongi aku.Jika di hitung masa dan jam memang tak terhitung jumlahnya waktu aku dan dia sudah bersama.Begitulah cinta kami, merah ibarat jam itu.Merah itu adalah semangat kami dan  jam itu persis bukti kestiaan kami bersama selama ini.  Lama aku merenung jam itu. Terbayang bayang jam itu seolah olah bayangan si dia sedang memakai baju kurung berwarna merah kesukaan ku....


(jam di dinding boleh di detail dan di ibaratkan dengan pelbagai perkara)

NAMPAK? Hanya melalui penerangan tentang jam dan masa sahaja boleh membentuk beberapa ayat sehingga boleh jadi satu perenggan panjang. Ha mudah tak? boleh la nak tulis novel lepas ni.heheh.  Janji ada kesungguhan, idea jalan cerita ,konflik dan klimaks dalam  cerita tu.Kalau tak jadi merepek le gayanya.

*saya tak ada displin nak baca novel.Boleh baca 1 muka surat je. Kemudian tidoq.hehehe

7 comments:

Post a Comment

Apesal