Konsep pengasingan kuasa

Ada 3 kuasa penting dalam negara kita:

1. Kuasa eksekutif
2. Kuasa perundangan
3. Kuasa kehakiman

Kuasa eksekutif atau pentadbiran di ketuai oleh PM dan para menteri di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri kuasa ini di pegang oleh MB atau Ketua Menteri dan exco exco kerajaan negeri. Bidang kuasanya ialah mentadbir dan menguatkuasakan undang undang. Di bawah kuasa eksekutif inilah adanya polis dan pegawai pegawai kerajaan yang lain termasuklah cikgu.

Kuasa perundangan pula ialah kuasa yang berada di parlimen untuk peringkat persekutuan dan DUN di peringkat negeri. Kuasa di pegang atau di ketuai oleh Yang di pertua dewan atau speaker. Ahli ahlinya ialah Ahli parlimen(persekutuan) dan ADUN (negeri). Fungsinya ialah untuk merangka dan menggubal undang undang dan meluluskan sesuatu rang undang undang termasuklah meluluskan bajet tahunan negara.


Kuasa kehakiman  berada di mahkamah. Merangkumi pengamal undang undang seperti peguam dan hakim.Kuasanya hanya menakrifkan undang undang yang ada termaktub dalam perlembagaan.Ia juga pihak yang memberi kuasa kepada pihak eksekutif untuk menguatkuasakan undang undang. Contohnya memberi kesahan atau kebenaran kepada pihak penjara(di bawah eksekutif) untuk memenjarakan pesalah setelah dia terbukti bersalah.


Ok berbalik kepada konsep pengasingan kuasa. Ia bermaksud setiap elemen ini tidak ada kuasa ke atas elemen lain. Contohnya kuasa eksekutif(pentadbiran) tak ada hak untuk meminta dewan perundangan (parlimen) nmeluluskan pindaan perlembagaan misalnya. walaubagaimanapun,  ahli eksekutif juga seorang ahli dewan perundangan pada masa yang sama. Sebagai eksekutif dia boleh membawa sesuatu isu ke peringkat perundangan untuk di bincangkan atau memindanya.

Dalam hal ini, selepas pihak perundangan meluluskan sesuatu akta ia hendaklah di bawa  ke Yang Di Pertuan Agung(YDPA) atau sultan di peringkat negeri. Walaubagaimanapun, ia hanya satu protokol. Walaupun YDPA  tidak berkenan dengan akta itu, dalam tempoh (penulis tak ingat mungkin 30 hari) ia secara automatik akan tetap menjadi akta akhirnya.

Ahli di bawah eksekutif juga tak berhak untuk berkuasa ke atas dewan perundangan. Contohnya polis tak berhak untuk menangkap ahli parlimen di dalam dewan. Kata kata ahli parlimen di dalam dewan tidak boleh di dakwa di mahkamah. Dia ada kekebalan. Kecuali jika dia bercakap di luar dewan maka kata katanya tertakluk kepada undang undang negara.Maka biasa kita mendengar cabaran ahli parlimen kepada ahli parlimen lain," kalau berani cakap kat luar lah". Maksudnya: kalau pihak yang di cabar itu bersuara lagi di luar maka kompom pihak yang mencabar tu akan menyaman. Jadi macamana nak mengenakan hukuman kepada pesalah dalam dewan?. Ok , senang saja. Speaker adalah kuasa yang boleh mengenakan hukuman ke atas pesalah dalam dewan seperti hukuman gantung dari mengahadiri persidangan dan menggantung elaun elaun sebagai ahli parlimen kepada pesalah dalam dewan.

*Entri ni  boleh lawan Dr Aziz Bari tak?...hahaha.

2 comments:

Post a Comment

Apesal