Mengundi ialah tanggungjawab seorang warganegara

Antara tanggungjawab seorang warganegara yang berumur 21 tahun ke atas ialah mengundi. Ramai yang aku kenali malas nak mengundi kerana berfikir mengundi adalah satu perkara yang tidak penting atau membebankan. Ada juga yang berfikir sebab mereka benci dengan politik , mereka malas nak mendaftar mengundi.

Aku rasa orang yang berfikir sebegini ialah orang yang pentingkan diri sendiri. Dalam fikiran dia, dia dapat kerja, ada gaji cukuplah. Kemudian dapat menyara keluarga. Politik dan mengundi tolak tepi. 

Bagi aku bukanlah semestinya kita kena ambil bahagian dalam politik sepenuh hati. Paling kecil peranan kita ialah memilih pemimpin melalui pilihanraya. Bila meminta sesuatu, minta dengan kerajaan. Bila tak puas hati kepada sesuatu perkara marahkan kerajaan. Sedangkan kalau kita tahu betapa berkuasanya undi kita tu, baru kita merasa kita adalah warganegara yang bertanggungjawab kepada negara. Bukan kepada parti politik yang biasa orang rujuk kepada kerajaan. Sedangkan mana mana parti pun boleh menjadi kerajaan bila mereka menang. 

Jadi dengan kuasa inilah kita boleh guna jika kita suka dengan kerajaan sedia ada. Dengan kuasa undi inilah kita suarakan perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan sedia ada. Senang dan mudah. Jangan hanya pandai nak mengkritik dan meminta. Padahal kita langsung tak mainkan peranan kita sebagai warganegara.Jangan hanya pandai mengatakan kita patriotik,  kita sangat sayang pada negara. Sedangkan kita tidak pun mengundi untuk  memilih kerajaan yang menjaga negara kita ini. 

0 comments:

Post a Comment

Apesal