Cara dan Tips mudah mencari Kerja




Memang banyak cabaran mencari kerja yang sesuai dan memenuhi citarasa dan keperluan kita. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman itu kepada pencari kerja yang baru memasuki pasaran kerja. Bagi yang dah bertahun tahun kerja dan mahu mencari kerja baru rasanya sudah tak ada masaalah. Kerana sudah tahu tips atau cara mencari kerja tersebut.


Berikut cara dan tips mudah mencari kerja yang boleh saya kongsikan.

Laman Web
Laman web adalah medium mencari kerja yang paling popular. Banyak laman web seumpamanya yang menawarkan peluang kerja di Malaysia. Antara yang paling popular ialah Jobstreet.com dan Jobsdb.com. Apa yang perlu anda buat cuma mengisi maklumat di dalam web tersebut dan mengisi resume online yang di sediakan mereka.

Agensi Pekerjaan
Agensi pekerjaan juga sangat popular bagi kebanyakan pencari kerja. Walaupun terpaksa membayar sejumlah wang dan terpaksa juga membayar 10-20 peratus dari gaji pertama, tetapi ia amat berbaloi. Kelebihan agensi pekerjaan ini ialah ia kita dapat membuat temujanji dan temuduga dengan syarikat yang di syorkan oleh mereka dengan lebih cepat. Ini berbeza dengan laman web seperti Jobstreet, yang mana kita terpaksa menunggu dengan lebih lama untuk mendapat peluang temuduga. Agensi pekerjaan menawarkan banyak peluang pekerjaan dari kerja sementara hinggalah kepada jawatan yang tinggi.


Orang Dalam
Bila sudah memasuki alam pekerjaan, baru saya tahu apa yang di maksudkan orang dalam. Sebenarnya, peluang kerja atau permohonan pekerja baru di mohon oleh sesuatu jabatan atau department di dalam sesebuah syarikat. Biasanya ketua jabatan atau head department akan memohon kepada HR Human Resources untuk memohon pekerja baru. Adakalanya, ketua ketua ini memaklumkan kepada anak buah mereka jika ada kawan atau saudara mereka yang ingin bekerja. Sebenarnya cara begini mereka lebih sukai terutamanya untuk jawatan peringkat sederhana dan rendah kerana lebih cepat dan selamat kerana ada rekomen dari orang dalam yang telah di percayai. Oleh itu cuba cari kawan kawan yang sedang bekerja di sesuatu syarikat dan minta rekomen mereka jika boleh jika ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan kelayakan  kita.

3 comments:

Post a Comment

Apesal