Nak bagi Signal susah ke?



Selepas keluar dari rumah aku ada satu simpang ke jalan besar yang tak ada lampu trafik..Masa aku menulis ini simpang ni dah tak boleh keluar sebab dah ditutup terus nak keluar kena uturn. Ukay Perdana dah jadi susur masuk keluar Highway EKVE.


Baik , berbalik kepada cerita tadi. Kenderaan banyak menggunakan jalan Ukay Perdana ni terutamanya dari arah kanan.Adakalanya nak keluar dari simpang tu kereta dari arah kanan jalan tak bagi signal pun nak masuk ke kiri ramai juga yang dah kona baring baru nak bagi isyarat..


Aku selalu mengeluh dan marah.."apalah nak bagi signal pun susah ke?" aku merungut dalam hati..kalau bagi signal awal senang aku nak melintas sebab kat belakang ada banyak kereta lagi...
Hari ini, aku balik dari pasar melalui jalan itu..Semasa naik kemudian membelok ke susur jln rumah aku, aku terlupa menyalakan lampu signal kerana asyik berkhayal...

Ada seorang tua menaiki motosikal sedang menunggu di simpang menunggu kereta aku.Kelihatan dia kecewa kerana aku rupa rupanya membelok.

Aku tersedar mungkin orang tua itu kecewa seperti aku kecewa dengan pemandu pemandu lain.Sebenarnya aku tidak sengaja sebab terlupa kerana kebiasaanya aku akan beri signal dari jauh lagi untuk memudahkan orang melintas.

Mungkin juga pemandu yang selalu aku marah dalam hati itu pun terlupa seperti aku juga.

Aku terlalu cepat menghukum dan bersalah sangka..

Moral Ceritanya
Jangan kita Bersalah Sangka dengan orang.

Catat Ulasan

0 Ulasan