Suami isteri sama tarikh lahir


Ada orang cari pasal suami isteri sama tarikh lahir kat blog aku ni. Ia ada kaitan dengan tampalan aku hari tu tentang kitaorang nak pergi makan sambut harijadi.

Mungkin dia nak cari apa keistimewaan sambutan harijadi yang sama ini. Macam aku sama tarikh lahir tapi tahun tak sama. Kebetulan juga  pak dan mak  mertua pun tarikh lahir selang sehari dan pada bulan yang sama juga dengan kami. Semuanya kebetulan.

Dari segi keistimewaan, mungkin ia sangat jarang berlaku. Namun dari segi sikap dan sifat tak adalah sama semua. Ada sikit sikit je. Macam juga pasangan yang lahir pada bulan lain lain tu. Kebanyakan sikap dan sifat manusia di pengaruhi oleh persekitaran, keluarga ,pendidikan mungkin juga kawan kawan. Banyak lagi lah. Maksudnya tarikh lahir bukanlah faktor utama yang menentukan sikap manusia tu.

Cuma, tarikh lahir sama ni bila masa harijadi masing masing tunggu siapa nak wish dulu. Itulah kelemahannya. Kelebihannya pulak, jimat sebab beli kek sekali je ..hoho....

Catat Ulasan

6 Ulasan

norinaomar berkata…
aku sama bulan dan selang seminggu..jimat jugak kan
pizli.mw berkata…
Aku sama bulan.. Apa pun kau kes pertama aku jumpa mcm ni.. :D
insan marhaen berkata…
Tarikh lahir IM sehari sebelum 13 May.. erkss..
Mohd Hazwan berkata…
untunglah sama...boleh celebrate sekali..jimat2 haha
Tanpa Nama berkata…
sy sama tarikh lahir dgn pasangan.Hari,bulan dan tahun semua sama.cuma jam sahaja tidak sama.dy lahir dlm pukul 6pgi,sy lahir dlm pukul 10pgi.he3..
Tanpa Nama berkata…
sy juga brkongsi hari, bulan n tahun dgn pasangan, tapi masa je lain die lahir jm 1.55pg sy 6.50pg....