Kebersihan Tandas negara kita masih di Gred D


Timbalan Perdana Menteri ketika perasmian Kempen Kebersihan Tandas Awam Bagi Menangani Influenza tidak berpuas hati ini  terhadap mutu kebersihan tandas tandas awam di negara kita.

Dalam statistik yang di keluarkan ,  30 peratus daripada 16,990 tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan swasta masih di tahap gred C dan D.

Pengalaman aku sepanjang menggunakan tandas awam dan tandas di tempat makan jarang aku terjumpa tandas yang dijaga dengan kemas, bersih ,berbau wangi walaupun ada di antara tandas itu di kenakan bayaran! Pernah juga aku terjumpa sisa sisa makanan yang bersepah di  atas lantai tandas.

Adakah itu sebenarnya cermin mentaliti warga Malaysia yang pengotor dan tidak ambil kisah tentang kebersihan?.

"Yang, kalau abang jadi tauke restoran abang akan pastikan tandas restoran abang cantik,bersih , wangi ada langsir"...pernah aku ucapkan idea tu kepada Yana suatu masa dulu..

"Sayangnya,tauke kedai ni tak tahu ke tandas bersih ni menyakinkan pelanggan yang makanan di kedainya bersih macam dia menjaga tandas" getus ku kepada Yana

"Tunggulah abang jadi tauke restoran", selamba sahaja Yana membalas tutur ku

Sebenarnya selain daripada makanan yang sedap, kebersihan kedai , keramahan pekerja dan kebersihan tandas turut  mempengaruhi pelanggan untuk berkunjung lagi.

Namun malangnya di Malaysia, tandas di kedai makan sangat menjijikan terutamanya sebilangan kedai makan tomyam dan sebahagian restoran mamak yang memang mengabaikan kebersihan tandas.

Rasanya masalah ini juga berpunca dari sikap pengguna tandas sendiri. Misalnya, kalau dah lepaskan hajat kenapa tidak di tarik pam tandas sehingga bersih mangkuk tandas tu.

Ini diburukkan lagi dengan sikap sebilangan perokok yang membuang puntung rokok  sesuka hati di dalam mangkuk tandas.

Kepada pemilik tandas atau pihak yang bertanggungjawab tu, cuba cubalah selalu lihat tandas yang anda jaga , jika ada berlaku kerosakan pula baikilah dengan segera. Janganlah sampai pengguna terpaksa melepaskan hajat walaupun air dalam tong flush menitik nitik dan jatuh di atas kepala.

Oleh itu diharap kempen kebersihan tandas ini mendapat sokongan semua orang. Jika tidak buang masa , tenaga dan wang ringgit sahaja kempen kempen seperti ini di buat oleh kerajaan.


Catat Ulasan

0 Ulasan