Kebaikan dan Kelebihan Bawa Bekal Makanan Semasa Perjalanan

Membawa bekal makanan semasa perjalanan jauh banyak kelebihan
dengan pelbagai juadah makanan,keseronokan makan bersama membuatkan
hubungan kekeluargaan bertambah erat. 
                            



Kebaikan dan kelebihan bawa bekal makanan semasa Perjalanan jauh: 
  • Menjimatkan perbelanjaan untuk makanan.
  • Memupuk sikap bekerjasama di antara ahli keluarga.
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan.
  • Aktiviti yang menyeronokkan seolah olah pergi berkelah.


Itulah 4 kebaikan yang saya dapati daripada membawa bekal makanan ini.

PENGALAMAN MEMBAWA BEKAL SEMASA PERJALANAN JAUH.


Kira kira 4 tahun yang lalu (2011) keluarga kami bersama adik beradik ipar duai  mengiringi adik ipar  (Itah )ke Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) di Gong Badak Kuala Terengganu sempena  majlis konvokesyennya.

Untuk ke sana sudah tentu banyak juga kos kos yang perlu disediakan. Antaranya sudah tentu kos minyak ,penginapan, tol hinggalah ke makanan perlu diperuntukkan untuk perjalanan jauh sebegini.





Kak Ngah mencadangkan kami membawa bekal makanan dan bahan makanan mentah kerana kami juga menyewa sebuah rumah penginapan di sana. Rumah rehat itu mempunyai peralatan dapur yang lengkap untuk memasak.


Berpose sebelum makan, selepas itu bergegas kerana kehujanan. 



Anggaran kos untuk makanan jika dibeli di R&R untuk  9 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak tentu sangat membebankan terutamanya harga  makanan di R&R yang biasanya agak mahal berbanding di tempat lain.

Anggaran makan dan minum

Makanan dan minuman  = 
RM 8 (1 orang) x 9(orang)= RM 72

RM 72 tersebut diperuntukkan hanya untuk satu kali makan. Itu belum lagi dikira lagi dengan kos makan malam dan kos makanan ringan.

Malam sebelum ke Terengganu kami sekeluarga telah diberi tanggungjawab masing masing. Keluarga aku menyediakan udang masak sambal dan nasi putih.

Keluarga Kak Ngah dan Abang Nuar  pula di pertanggungjawabkan untuk membuat lauk ayam goreng berempah.

Mak pulak masak daging kicap, ikan pekasam  ,ikan masin, ulam ulaman dan sambal belacan. 

Selain itu mak juga memasak nasi satu periuk kecil dan membawa beras 5kg untuk dimasak di rumah rehat tersebut.

Dengan makanan yang kami bawa tu, rupa-rupanya kami boleh makan sehingga 3 kali, termasuklah boleh dimakan lagi untuk sarapan keesokan pagi sebelum ke konvokesyen.



Persiapan sebelum makan
Darwisy seronok......

gambar konvo Itah...siapakah mamat di belakang tu?

Catat Ulasan

0 Ulasan