Jalan Jalan di Port Dickson Sempena Cuti Sekolah


Kali ini aku nak kongsikan cerita percutian di PORT DICKSON.Biasalah tempat yang ramai orang bercuti di waktu cuti.

Baiklah aku ada buat karangan kat bawah ni. Bacalah dulu. Hahaha.


Perjalanan dari ibu negara mengambil masa 1 1/2 jam ke 2 jam dengan kadar kelajuan sederhana. Menggunakan Lebuhraya utara Selatan yang bersambung ke lebuhraya Port Dickson ternyata sangatlah mudah untuk ke sini.

tempat-menarik-di-port-dickson

Sebagai sebuah bandar yang telah diisytihar sebagai bandar tentera darat, Port Dickson telah diketahui mempunyai kem dan pusat latihan tentera darat.

Apa yang menarik di Port Dickson ialah terdapatnya sebuah muzium tentera darat untuk dikunjungi secara percuma.

Pengunjung boleh bergambar bersama kereta kebal dan kenderaan perang seperti kereta kebal dan  jet pejuang yang terletak di halaman muzium.

muzium-tentera-port-Dickson


Di dalam muzium tentera darat ini pula  terdapat galeri sejarah negara bermula dari Kesultanan Melayu Melaka sehinggalalah ke zaman penjajahan Jepun.

Perjanjian-Ingggeris-Belanda
Gambar Perjanjian Inggeris Belanda 1824 di Pangkor
(Perjanjian Pangkor) yang terdapat di ruang pameran sejarah

Jambatan-Gantung-Muzium-Tentera-port-dickson
Menyeberangi Jambatan Gantung di luar
Muzium Tentera Darat Port Dickson

Selepas keluar dari kawasan pameran terdapat sebuah kawasan rekreasi di kawasan luar muzium ini.Ada sebuah jambatan gantung yang boleh kita seberangi.Walau tidaklah begitu mencabar dengan kadar ketinggiannya yang hanya 2-3 kaki dari tanah. namun bagi mereka yang gayat sudah cukup menggerunkan.

Keindahan Pantai di Port Dickson Tarikan Utama Pelancong.

pantai-teluk-kemang-port-dickson
Suasana Pantai Teluk Kemang
pada waktu petang
salah satu tempat menarik
di Port Dickson yang perlu dilawati.


Sudah tentulah apabila ke Port Dickson tempat tumpuan utama adalah pantainya.Banyak kawasan pantai yang boleh dilawati seperti Pantai Teluk Kemang dan Pantai Batu 6.

Bagi pelancong yang menetap di hotel dan resort, kedudukan pantai di belakang hotel amat memudahkan untuk mandi manda. Banyak aktiviti seperti menaiki jet ski dan bermain permainan air seperti menaiki banana boat boleh dicuba.

Ada juga pengusaha menawarkan sewaan motor pantai. Sekiranya berminat untuk berkelah dan tidak membawa khemah terdapat juga pengusaha yang menyediakan khemah yang telah siap dipasang dan boleh disewa. 

gerai-jualan-pantai-batu 6
Gerai jualan 


Gerai gerai jualan yang terdapat di Port Dickson terutamanya di Pantai Teluk Kemang memudahkan kita untuk membeli pelbagai cenderahati seperti cenderahati magnet, baju T-shirt,pelampung dan sebagainya. 

Selain tempat yang saya sebutkan itu, untuk pengetahuan terdapat beberapa tempat lagi yang perlu dikunjungi untuk melengkapkan percutian di Port Dickson. 



Ostrich Farm - Ladang Burung Unta di Port Dickson menarik untuk dilawati


Ostrich Farm-Port Dickson
Memberi makan burung Unta di Ostrich Farm tarikan
terbaharu di Port Dickson

Ostrich Farm merupakan salah sebuah tempat menarik di Port Dickson. Tempat menarik ini terletak berhadapan Politeknik Port Dickson.Kedudukannya hanya 3-4 Km dari teluk kemang.Sekiranya membawa kanak kanak tempat ini jangan lupa dilawati.Sudah tentu ia menyeronokkan untuk mereka. 

Selain melihat haiwan pengunjung juga boleh memberi makanan kepada haiwan haiwan ini.Umpan seperti rumput dan jagung boleh dibeli di kaunter. 

Seikat rumput berharga RM 3. Namun demikian kuda dan keldai dilarang oleh pemilik untuk diberi makan atas sebab sebab yang tidak diketahui. 

Walaupun diberi nama Ostrich Farm,ada juga haiwan haiwan lain di ladang burung unta ini .Tempat ini sebenarnya hampir seperti mini zoo. Ada haiwan haiwan lain seperti keldai,kuda,arnab,angsa,itik,unta dan kambing. 

kanak-kanak-naik-kuda
Menunggang kuda di Ostrich Farm
aktiviti menyeronokkan bagi kanak kanak

Sekiranya ingin menunggang kuda,bayaran RM 5 dikenakan. Semasa menunggang kuda, pembantu akan membantu mengawal kuda tersebut untuk keselamatan. 

Untuk tambahan dalam ladang ini kita juga boleh minum dan makan di kafe yang terletak ditengah ladang.

Pesanan Ikhlas.Awas.Basuh jangan lupa sebelum makan dengan sabun maklumlah selepas memegang haiwan haiwan tadi kalau kalau ada kuman bahaya. 

Upside Down-Rumah Terbalik -Satu lagi Tempat Menarik di Port Dickson.

Berkunjung ke Port Dickson ketika ini ada satu tarikan terbaharu iaitu Upside Down. Lokasi tempat menarik di Port Dickson ini hanyalah beberapa ratus meter dari Ostrich Farm.Tiket untuk orang dewasa RM 20.
upside-down- port- dickson




Kanak Kanak yang tingginya lebih dari 100cm tiket berharga RM15. Manakala kanak kanak yang kurang dari ketinggian tadi masuk diberi percuma. 

Ruang pameran rumah terbalik ini terletak sebuah kedai 2 tingkat. Gambar magic adalah tarikan utama di Upside Down ini. Aktiviti utama hanyalah bergambar dan bergambar. 

Sebelum datang ke sini charge dahulu smartphone atau kamera  anda penuh penuh dulu.Nanti rugi terlepas peluang untuk mengambil pose secara terbalik. 

Hutan Rekreasi dan Rumah Api Tanjung Tuan buat anda menyesal jika naik.

Sebelum terlupa.ada satu tempat yang boleh juga dilawati di Port Dickson ini iaitu Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Walaupun terletak di kawasan Pantai Port Dickson ia sebenarnya dibawah Pengurusan negeri Melaka dan yang menarik  Tanjung Tuan ini sebenarnya di sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.
hutan-rekreasi-tanjung tuan



Ada sebuah rumah api disini yang menjadi tumpuan pengunjung.Kita terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1Km memanjat bukit. 
rumah-api-tanjung-tuan-port-dickson
Rumah Api Tanjung Tuan dilarang masuk


Namun kepenatan mendaki bukit untuk naik ke rumah api sebenarnya agak mengecewakan.Rumah api ini dilarang masuk tanpa kebenaran.


Sekiranya tujuan utama ke Tanjung Tuan untuk mengunjungi rumah api dan melihat pemandangan laut dari rumah api tersebut nasihat saya lupakan sahaja niat itu.
rumah- api- tanjung- tuan- port dickson



Sebaliknya sekiranya mempunyai tujuan melihat kehijauan hutan sebenarnya ia berbaloi.Malah kawasan ini juga sesuai untuk aktiviti joging atau kecergasan.

Sekiranya mahu mendaki hutan ini sebaiknya pakailah pakaian dan kasut sukan.Kalau memakai selipar pula dikhuatiri kaki melecet atau  putus selipar pula.

Begitulah di antara tempat tempat menarik yang terdapat di Port Dickson untuk dikunjungi. 

Akan datang saya akan ulas mengenai tempat kediaman yang saya tinggal semasa di Port Dickson sebagai panduan. 

Catat Ulasan

0 Ulasan