Tempat Makan Best di Port Dickson: Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy

Saya berpeluang ke salah satu tempat makan yang dikatakan best dan popular di Port Dickson. Kedai makan ini kelihatan sentiasa mempunyai pelanggan samada siang atau malam.

Kedai ini dibuka seawal jam 12.00 tengahari. Hidangan utama mereka ialah Nasi Kukus Ayam Panggang.

Ayam Panggang yang menjadi menu utama di sini. 

Bergambar selepas menu tiba.
Salah satu pandangan hadapan Kedai
Nasi Kukus Ayam Panggang
Cowboy




Tempat makan yang popular yang di maksudkan adalah Cowboy Place. Kedai ini terletak di bahu jalan. Ia berada berdekatan dengan Marina Resort Port Dickson. 

Selain menu utama yang saya sebut itu ,pelanggan juga boleh memesan pelbagai makanan panas ala carte. 

Penilaian Saya tentang Nasi Kukus Ayam Bakar Cowboy Places. 

Rasa Masakan: ****
Layanan. : ***
Harga : **** RM 6/Set (1/4 ayam) 
Tempat : *** 

Booking.com

Harga nasi kukus ayam bakar yang dijual di sini amat berpàtutan dengan saiz hidangan.Cuma kuantiti nasi kukus yang diberi agak sedikit. 

Rasa nasi kukus ayam bakar itu diakui memang menyelerakan. Keenakan ayam panggang itu sebenarnya banyak dibantu oleh rasa sos bbq yang pedas dan manis.

Namun saya merasakan penggunaan pinggan mangkuk polisterene dan sudu plastik juga agak kurang sesuai. Sebenarnya SM pernah singgah makan di sini pada Jun 2011 nampaknya penggunaan pinggan mangkuk polisterene masih tidak berubah.

Mungkin agak mudah bagi pemilik kerana tidak perlu untuk membasuh pinggan, tetapi ada pelanggan yang merasa tak selesa dan puas berbanding menggunakan pinggan biasa. 

Catat Ulasan

0 Ulasan