Kali ini aku nak promosi sikit pasal tempat tinggal aku.Sebab aku ada homestay kat sini jadi korang kena tahulah apa yang ada di Tanjung Karang.
Tanjung Karang ni sebenarnya pekan kecil atau salah satu mukim dalam daerah Kuala Selangor. Kalau dari Bandar Kuala Selangor lebih kurang 17 Km macam tulah sampai kat sini.
APA TARIKAN UTAMA?
Tanjung Karang ni kawasan luar bandar dan aktiviti pertanian adalah mata pencarian penduduk yang utama selain perniagaan dan lain lain. Tanaman padi,kelapa,kelapa sawit dan perikanan adalah mata pencarian utama masyarakat di sini.
Majoriti melayu yang tinggal di sini keturunan jawa dan banjar. Kaum kaum lain ada tapi tak banyak.
Dalam beberapa tahun ni kawasan tanaman padi dari Tanjung Karang sampai ke Sungai Besar jadi tarikan utama. Faktor drama drama kat TV dan filem yang selalu buat penggambaran kat sini jadikan kawasan jelapang padi Selangor ni mula popular.

Istimewa Tanjung Karang ni selain padi adalah makanannya. Ada makanan yang mungkin korang tak jumpa kat tempat lain tapi ada kat sini. Kira rare.Ok salah satu tempat nak cari makanan jawa adalah di pasar malam.
Sate kerang,soto,pecal,lodeh antara menu menu yang mesti cuba, Gerai gerai ni dibuka pada pagi ahad je. Hari lain tak ada. Mula buka seawal jam 7 pagi hingga malam. Pada waktu petang ada pasar malam pulak kat kawasan ni.

Gerai yang dibuka seawal jam 7 pagi hingga 9 malam menghidangkan masakan jawa yang popular seperti Pecal, Soto,Lodeh, Satay Kerang dan Paru.
Lokasi:
https://goo.gl/maps/ZTWJwJ5R4Vx
0 Ulasan