Siapa Paultan

Paul Tan menulis  laman webnya; paultan.org














Paul Tan atau di kenali sebagai paultan iaitu  nama laman webnya ialah seorang blogger yang  di lahirkan di Kuantan Pahang pada 27 Oktober 1984. Beliau memiliki Ijazah dalam bidang IT dari Kolej Universiti HELP.  Beliau juga pernah bekerja sebagai Web Developer  di  Xfresh  AMP Radio Networks pada awal kerjayanya.  Minatnya kepada  kereta telah membawanya menulis mengenai kereta serta industri automotif di dalam blognya, paultan.org. 






Blog ini telah diasaskannya  sejak tahun 2005. Laman web automotif paultan  di kunjungi  hampir 3 juta pengunjung  setiap hari . Ia adalah laman web keempat paling top dalam enjin carian Google.  Review setiap kereta baru yang berada di pasaran di blognya akan mendapat perhatian dari pembaca dan juga syarikat automotif sendiri. 






Mungkin ada sebilangan orang tahu Paul Tan hanya menulis blog?. Sebenarnya , beliau bukan sahaja seorang blogger malah beliau ialah seorang Managing Director  di syarikat Driven Media Sdn Bhd dan juga seorang CTO di  Hulk Solutions Sdn Bhd.  Syarikat Driven Media selain menerbitkan laman web paultan.org , ia juga menerbitkan laman web oh bulan.com , iCars Singapore  dan juga rancangan televisyen Driven di 8TV. Di blog paultan.org , beliau di bantu oleh  penulis   seperti  Danny Tan, Anthony Lim dan Harvinder Sidhu.

Kata kunci "paultan" adalah kata kunci personaliti yang paling banyak dicari oleh pengguna Google di Malaysia selepas Siti Nurhaliza, menurut Google's 2007 Malaysia Year-End Zeitgeist, mengalahkan selebriti seperti Paris Hilton dan Britney Spears. Malah pada tahun 2010 ia masih dalam kedudukan ranking 10 individu Malaysia paling di cari di google. Secara peribadinya antara kereta yang di minati paultan ialah Ferrari Enzo dan Nissan GT-R.

Rujukan:





Catat Ulasan

0 Ulasan