Anugerah Pencapaian Cemerlang bagi pendapat aku


Anugerah Pencapaian Cemerlang (APC) diwujudkan untuk menghargai pekerja yang cemerlang dalam tahun semasa di tempat dia bertugas . 

Ada yang berpandangan setiap pekerja layak mendapatnya kerana berdasarkan perkhidmatan yang sudah lama.
Ada pula yang berpendapat orang yang sama tak patut untuk dapat lebih daripada sekali jika ada pekerja lain belum lagi  mendapat anugerah tersebut. Jadinya pendapat begitu seolah olah anugerah ini diwujudkan untuk menghargai  kesetiaan atau senioriti pekerja sahaja dan menafikan pekerja yang memang cemerlang namun kerana dia pernah dapat dia tak patut dapat lagi?.

Kadangkala ada orang yang tersalah faham bahawa APC itu adalah anugerah untuk pekerja rajin. Ada juga yang berfikir orang yang banyak tugas selain tugas utama layak untuk mendapat anugerah ini.

Jadi apakah kerana seseorang itu rajin dalam pekerjaannya dia patut untuk dapat anugerah tersebut?. Cuba fikirkan sekiranya kerja kerja yang dia lakukan itu apabila diukur kualitinya hanyalah sekadar bertaraf B dan C sahaja.Sudah tentu kerajinan tidak dapat mengukur kecemerlangan. Rajin hanyalah sikap yang positif. Ia berada dalam kategori lain. Rajin tidak semestinya menghasilkan kecemerlangan. Namun untuk cemerlang kita perlu rajin!. 

Bagaimana pula dengan pekerja yang mendapat anugerah tersebut kerana dia banyak tugas dan jawatan selain tugas utama (situasi guru sekolah). Apakah dia patut untuk dapat anugerah tersebut jika bersandarkan kenyataan dia banyak memegang jawatan dan tugas tersebut. Andaikanlah dengan kerja kerja yang dia lakukan tersebut dia menyelesaikannya hanyalah sekadar siap namun bila di ukur hasil output yang dapat dicapai hanyalah biasa biasa sahaja. Sudah tentu dan semua orang pasti setuju itu juga bukan ukuran kecemerlangan.

Bagi pandangan aku yang bukanlah pandangan yang bertaraf akademik ini, seharusnya anugerah ini diberi atas kriteria kecermerlangan hasil kerja yang dilakukan. Hasil kerja yang boleh diukur dari segi kualiti yang sangat baik, sifat kepimpinan yang cemerlang, pengurusan kerja yang berstruktur, dokumentasi hasil kerja mengikut piawai yang ditetapkan. Jika seorang cikgu seperti aku  pula kemenjadian murid adalah kriteria pertama yang patut dilihat untuk mengukur kecemerlangan guru tersebut barulah kriteria kriteria lain diukur untuk mengukur kualiti guru tersebut.

Apakah kesannya jika anugerah ini diberi atas pertimbangan pertimbangan di atas?. Senioriti, banyak tugas atau rajin sahaja dijadikan ukuran?.  Anugerah ini tidaklah dipandang sebagai satu anugerah yang bermakna dan berkualiti. Akibatnya pekerja pekerja malas untuk mencapai hasil kerja terbaik kerana percaya pada satu hari nanti dia akan tetap juga memperolehinya. 

Pandangan aku ini berdasarkan situasi aku berkerja di sekolah dan pengamatan di jabatan kerajaan lain yang aku ada kawan bekerja. Pandangan ini hanyalah bersifat peribadi dan syok sendiri. 

Jom Ikut Sunnah: Pemakanan dan Kesihatan


Asalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan Salam ke atas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W. 


Setelah wafatnya baginda Rasullulah ,baginda telah meninggalkan sunnah (cara hidup) untuk diikuti oleh umatnya.Jika kita mengamalkan sunnah terdapat ganjaran pahala malah terdapat banyak manfaat manfaat di sebalik sunnah tersebut. 



Dari Wikipedia


Sunnah bererti “cara” atau “kebiasaan”, dan dengan itu, sunnah nabi bererti “cara nabi”, atau apa yang biasa dikenali sebagai kebiasaan Rasul. Secara bahasa, As Sunnah adalah "ath-thariqah" yang bererti perkaedahan, kebiasaan, perjalanan hidup, atau perilaku, baik yang terpuji mahupun yang tercela. "Kata sunnah berserta segala kelainannya disebutkan berulang-ulang dalam hadis, yang erti asalnya ialah 'perjalanan hidup' dan 'perilaku'."
Dalam istilah Sunah Waljamaah, menurut para ahli hadis, Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW yang merupakan perkataan, perbuatan, ketetapanperibadiakhlak, mahupun perilaku, baik sebelum mahupun sesudah dilantik menjadi Rasul.* Dalam hal ini, pengertian Sunnah menurut mereka adalah sama dengan hadis (Mushtafa as-Sibai, "As Sunnah wa Makanatuha Fit-Tasyri'il Islami"). Sunnah ini disampaikan melalui persetujuan para sahabat Rasul. *

Sunnah Nabi dalam Kesihatan,Perubatan dan Pemakanan

Di antara sunnah nabi adalah dalam aspek perubatan dan pemakanan. Jika ditanya kepada kita sebagai orang Islam rasanya sudah ramai yang tahu makanan dan perubatan sunnah tersebut.

Namun apakah semua di kalangan kita mengamalkanya sebagai cara hidup kita?. Aku sendiri pun selama ini tahu jugalah sedikit tapi tak tergerak hati untuk mengamalkannya.

Namun sekarang dengan hidayah Allah , tergerak hati untuk mengamalkannya kerana percaya sunah adalah  dari Wahyu Allah dan kita perlu kita percaya dan amalkan sebagai orang Islam.

Makanan dan perubatan sunnah ini adalah amalan Rasullulah yang diwahyukan oleh Allah samada melalui ayat Al Quran atau hadis.

Apabila ia datang dari Allah sudah tentu ia adalah yang paling berkesan dan mujarab. Bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menyembuh penyakit kita juga dapat pahala kerana mengikut Sunnah.

Ada beberapa makanan dan perubatan yang ada dalam Al Quran dan Hadis yang menjadi sunah Rasullulah. Makanan yang baik untuk kesihatan dan boleh pula menyembuh pelbagai penyakit adalah seperti berikut.

1. Minyak Zaitun

2. Kurma (Kelebihan Kurma)

3. Madu
    ( Surah An=Nahl, ayat 68 dan ayat 69)





6. Habbatussauda (Biji Jintan Hitam)
    (Shahih Al Bukhari Bil 7 ,buku 71 ,Nombor Hadis 592)


Perubatan

1. Bekam
( Shahih Al Bukhari-Bil 7 , Buku 71 , Nombor Hadis 587)



Sekian bahagian 1 tentang sunnah . Jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan dalam penulisan ini harap dimaafkan kerana kekurangan dan kelemahan semuanya dari aku sendiri. Bahagian ke 2 nanti, InshaAllah aku akan tulis penerangan tentang kelebihan kelebihan Madu, Minyak Zaitun Habbatus Sauda dan Bekam. 

Belajar Al Quran untuk orang Dewasa

Syukur alhamdulillah kerana akhirnya bertemu dengan tempat pengajian ini setelah melakukan pencarian dalam google. Dah lama aku mencari tempat belajar Al-Quran untuk orang dewasa ini sebab bacaan Al Quran aku sangat teruk dari segi tajwid..sebab dulu masa belajar pakai hafal bukannya dengan memahami asas tajwid.


Sekolah Al Quran ini terletak di Jalan Yap Ah Shak di ibu negara Kuala Lumpur. Yuran pengajian yang di tawarkan adalah percuma. Ada seorang hamba Allah yang membiayai tempat dan mungkin juga tenaga pengajar Al Quran di sini. 




untuk maklumat lanjut sila ke fb https://www.facebook.com/YSAQKL

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah di Masjid


1.  Mendapat pahala solat sepanjang malam. al-Imam Muslim meriwayatkan dgn sanadnya dari ‘Uthman ibn ‘Affan r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda,
مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ ، فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ ، فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
“Sesiapa yang solat isya’ dalam jamaah maka seoalh2 ia bangun separuh malam. Sesiapa yang solat subuh dalam jamaah maka seolah2 ia solat sepanjang malam.” HR Muslim.
2.Mendapat peliharaan dari Allah spt dipelihara wali-waliNya
جُنْدَبَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ ، فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ ، فَلا يَطْلُبَنَّكَ اللَّهُ بِذِمَّتِهِ مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّهُ مَنْ أَخْفَرَ اللَّهَ فِي ذِمَّتِهِ كَبَّهُ اللَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي النَّارِ
Dari Jundab ibn ‘Abdillah berkata, Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang solat subuh dalam jamaah, maka ia dalam peliharaan Allah,…”
dalam satu lafaz,
“…Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi dan Ibn Majah)
3.Pahalanya lebih baik dari dunia dan seisinya terutamanya dengan menunaikan solat sunat 2 rakaat sblm solat fardhu subuh. “Dua rakaat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya.” Sahih Muslim.
4. Dijamin syurga. Dari Abu Musa al-Ash’ari, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Selamat dari satu sifat munafiq. “Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)”
6. Mendapat barakah dalam hidup. Nabi saw bersabda, “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
7. Malaikat memeliharanya sepanjang hari. Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.
Hadith ini disebut oleh al-Munziri dalam al-Targhib wa al-Tarhib.

8. malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannyaز
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)

Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. “Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”

Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi

9. Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ ” قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ ” . قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ ، قَالَ : وَسَأَلْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَاعِيل ، عَنْ أَبِي ظِلَالٍ ، فَقَالَ : هُوَ مُقَارِبُ الْحَدِيثِ ، قَالَ مُحَمَّدٌ : وَاسْمُهُ هِلَالٌ .
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .

10. Mendapat cahaya terang benderang ketika kegelapan QIyamat.
Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.” (Hadith riwayat Abu Daud dan al-Tirmidzi)

Apesal