Pengalaman memohon JP Visa



Senarai Semak Permohonan Pembantu Rumah (JP VISA)
Bil Dokumen (tandakan (/) Jika ada)
1 Borang PRA
2 Borang Permohonan Pas Lawatan – IM.12-Pin.1/97
3 Borang Permohonan Untuk VISA – IM. 38-Pin.1/93
4 Borang Personal Bond yang dimatikan seten RM10.00
5 Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal & 2 set   salinan)
6 1 salinan IC suami isteri
7 1 salinan paspot pembantu rumah asing - fotostat muka pertama paspot (mukasurat yang ada detail  PRA) dan muka surat yang ada cop imigresen tarikh PRA masuk ke Malaysia.
8 Borang Perakuan daripada Majikan yang tidak menggunakan Agensi berdaftar (permohonan secara individu) – Lampiran C
9 1 salinan penyata KWSP
10 1 salinan slip gaji 3 bulan terkini.
11 1 salinan sijil kelahiran  anak bawah 15 tahun.
12 1 salinan bil utiliti sebagai pengesahan alamat majikan (sekiranya berbeza daripada kad pengenalan).
13 1 salinan sijil perkahwinan.
14 Surat Permohonan (Rayuan) JP VISA


Kalau JP VISA ini masih terpakai di Malaysia aku nak kongsikan pengalaman menggunakan maid menggunakan kaedah ini. Kaedah ambil maid ini sebenarnya lebih murah dan jimat tapi  haruslah banyak urusan yang patut kita selesaikan sendiri. 


Apa Dia JP VISA?


JP Visa atau Journey Performed Visa adalah visa yang di gunakan untuk bekerja (dalam kes ini sebagai pembantu rumah) setelah tinggal di Malaysia menggunakan Visa Pelancong tetapi kemudian memohon permit untuk bekerja.


Berbeza pula  dengan Calling Visa yang mana kita sebagai majikan buat dokumen di Malaysia terlebih dahulu sebelum pembantu rumah sampai ke negara ni


Bercerita tentang pengalaman aku sendiri , dengan menggunakan agen terus dari Indonesia aku dapat jimat dalam RM 2k-3 K juga di bandingkan jika guna khidmat agen Malaysia. 


Ada beberapa masalah yang aku hadapi semasa mula mula mendapatkan khidmat Pembantu Rumah Asing ini.  Antaranya ialah kes di mana Pembantu Rumah Asing (PRA) di tahan oleh Imigresen semasa tiba di LCCT. Setelah menunggu berjam jam dengan penuh kalut baru aku tahu dia telah di tahan. Terpaksa lah aku telefon imigresen ni bagi tahu PRA tu datang nak melawat saudara mara. Lama juga lah urusan untuk menyakinkan imigresen tu .

Setakat tu je lah masalah yang aku hadapi. Masalah lain ada cuma berkaitan dengan cara kerja PRA ni. Lain kali kalau ada idea nak menulis tentang hal tu aku tulis di blog ni. 


Sebenarnua aku nak kongsikan pengalaman aku yang dah pakai maid ni guna JP Visa. Ada kawan aku yang nak memohon maid baru baru ni kata kat aku kaedah JP Visa masih boleh di gunakan. Itu yang menyebabkan aku nak menulis pengalaman ini.  Di bawah entri ni aku ada juga bagi link untuk memudahkan anda semua  download borang borang tu.




Ada 6 langkah;


Langkah 1
Isi borang borang yang telah di download dan seterusnya di print out seperti di nyatakan di senarai semak di atas. Kemudian cari seorang penjamin untuk tandatangan pada borang personal bond dan juga seorang saksi pada borang perjanjian pekerjaan (sebenarnya boleh guna orang yang sama) .Penjamin ini boleh terdiri dari kawan kawan atau saudara mara.
Langkah 2
Ambil gambar passport untuk majikan dan PRA untuk di lekatkan dalam borang PRA.
Langkah 3
Sebelum hantar borang borang ini ke Imigresen, pergi dahulu ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berdekatan untuk matikan setem RM 10
i.              Perjanjian Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal di matikan setem & 2 set di buat salinan)
ii.             Borang Personal Bond  (mati setem RM 10)


Langkah 4.

Tunggu dalam tempoh 2 minggu hingga sebulan untuk mengetahui keputusan permohonan ini. Nak dapat keputusan ini aku kena turun sendiri ke Putrajaya sebab telefon Imigresen lambat di angkat. Di laman web pun tak ada keputusan guna JP Visa ni. Jadi anda cuba lah mana yang sesuai. 

Langkah 5

Bila dah lulus permohonan tu, langkah seterusnya ialah daftar Fomema yang berharga RM 190.  Bawa surat kebenaran yang di ambil dari Imigresen selepas keputusan di keluarkan. Borang Fomema dari laman web Fomema tu download , print dan isi dengan lengkap.  Pilih Klinik yang ada buat servis Fomema dan lebih baik berhampiran rumah .Senarai klinik  Fomema mengikut negeri ada dalam web Fomema tu.  Lepas dah hantar borang ke Fomema terdekat  anda dapat satu borang untuk urusan bawa PRA buat medical Check Up. Tunggu keputusan dalam masa 7 hari lihat dalam online je.

Langkah 6.
Bila dah lulus , pergi terus ke Imigresen dan buat bayaran tanpa perlu bawa apa apa keputusan Fomema sebab Imigresen sudah dapat keputusan yang di hantar sendiri oleh Fomema. Ini sejarah bayaran yang aku buat untuk dapatkan PLKS.

i.              Visa Entry (JP)     RM 15.00
ii.             Bayaran Proses JP    RM 500.00
iii.            Levi PLKS                 RM 410.00
iv.           Per Baru PLKS     RM 60.00
v.            Visa Multiple Entry            RM 15.00
vi.           Bayaran Proses PLKS RM 10.00

Total : RM 1010.00
Fomema: RM 190



8-Surat Permohonan JP Visa lihat di bawah



Contoh Surat Permohonan 

Shahir Bin Salim

No 123 Jalan Satu


Taman Indah


7777777 Hulu Klang                                                                                             No Tel: 010-9999999

_________________________________________________________________________________

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat  Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No.15 Tingkat 1-7 ,(Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya                                                                                         14 Disember 2011

Tuan,
Perkara: Permohonan  JP Visa
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah saya, Shahir Bin Salim No Kad Pengenalan 123456-09-9999) ingin memohon JP Visa untuk ..................(Nama PRA)  (No Passport Indonesia: 123456
 3. Tujuan permohonan JP Visa ini adalah untuk membolehkan  .................(Nama PRA) bekerja sebagai Pembantu Rumah di negara ini untuk menjaga anak anak saya.
4. Sehubungan dengan itu, bersama sama dengan surat permohonan ini saya sertakan dokumen dokumen yang berkaitan seperti yang di senaraikan di dalam Senarai Semak (Lampiran 1) untuk tindakan lanjut pihak tuan.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar

(Shahir bin Salim)
No Kad Pengenalan: .123456-09-9999)



Catat Ulasan

51 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Terima kasih. Maklumat ini amat berguna. Majikan sendiri kena hantar borang dan pergi ke putrajaya atau boleh hantar wakil?
Unknown berkata…
salam.. lagi cantik kalo borang tu siap di isi dgn contoh.. :) tq..
yusri berkata…
ok,inshaAllah nanti saya usahakan,cadangan yang baik
yusri berkata…
tak boleh hantar wakil, kena pergi sendiri
Tanpa Nama berkata…
mintak tumpang share info ni di page sy ye...TQ.
Tanpa Nama berkata…
salam..nka tanya...perlu ke ada surat pengesahan dr majikan ke dah cukup sertakan slip gaji?

yusri berkata…
cukup dengan hanya sertakan slip gaji sahaja
Unknown berkata…
Terima kasih atas maklumat yg amat bermanfaat. Nk tanya , borang tu semua blh tulis tangan atau perlu ditaip? Mohon jwpn segera sbb maid dh msk n kena proses segera.
yusri berkata…
tulis tangan je
Tanpa Nama berkata…
salam..nak tnya,
1. dalam borang permohonan baru, semestinya nama suami dulu atau boleh nama isteri dulu sbb saya cadang nama isteri yang utama...
2. masa nak serahkan borang permohonan, perlukan suami ikut serta atau cukup hanya isteri?

terima kasih...aan1512@yahoo.com
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas info yang berguna. Semoga anda dirahmati Allah.
Unknown berkata…
Thanx for the info. Just nak tanya kalau PRA tu dah masuk Malaysia lebih dari 3mths, still boleh ke apply dgn cara ni?
yusri berkata…
aan1512@yahoo.com ,

yang tu tak pasti la, kena tanya lebih lanjut dengan pihak imigresen..cuma nama majikan hanya seorang jelah..macam saya , sayalah majikan..
yusri berkata…
Azrina, tak dapat nak jawab soalan tu..kena bertanya dengan pihak imigresen..cuma seingat sayalah, saya dulu terlebih masa lebih sebulan saya kena renew pas pelancong...kalau ada guna pas pelanconglah..dalam kes azrina ni macam mana?
Tanpa Nama berkata…
Visa kena masih valid jika mahu memohon. Biasanya dalam tempoh sebulan dari tarikh kemasukan
Tanpa Nama berkata…
Masih valid ke jp visa ni?
Tanpa Nama berkata…
based on jiran sy kja di imigresen ptrajya wujud lg
hassan Al-Junaid berkata…
terima kasih atas segala usaha tuan sharing pengalaman JP visa ini.
Harris berkata…
Assalamualaikum Tuan,

1.Nak tanya kalau bahagian yang kita tak berapa nak pasti nak isi apa dalam ruangan yang perlu diisi dalam borang, boleh ke tinggalkan kosong dlu dan isi kemudian di pejabat imi masa nak submit nanti.

2. Kalau borang yg perlu matikan setem perlu ke isi penuh2 atau boleh matikan setem baru isi.

Terima kasih.

Yang Benar,
Saya yang baru nak belajar..
kak ina berkata…
Assalam Yusri. Maid akak dah nak balik 3 mac ni. Agen indon tu kata ada orang nak masuk, tapi dia tak boleh nak buatkan sebab dia terlalu sibuk bawa pelancong (urus maid ni kerja sampingan dia sahaja). So... cam ne akak nak buat? anak-anak akak 6-16 tahun, 5 orang. Tapi kami alahan habuk dan baru 6 bulan lepas jalani operation brain tumor. InsyaAllah getting better. tq
Tanpa Nama berkata…
As Salam,

Ingin bertanya, utk apply JP Visa nie boleh buat di Imigresen Shah Alam ker? Atau mmg kena buat di Putrajaya? Harap dpt membantu...
YUSRI berkata…
banyak benda yang saya tak berapa berani dan pasti nak jawab, contohnya macam soalan en haris tu berkenaan isi borang masa kat imi..kalau ikutkan masa kita nak buat mati setem tu perjanjian tu dah di buat..dan orang LHDN tengok satu persatu..kalau kosong bukan agreement namanya dan takkan pulak LHDN nak sign?..ni logik akal lah...kalau nak kepastian tanya la sendiri dengan pihak berkenaan
YUSRI berkata…
kak ina, ikut pengalaman yang saya buat dan baca blog2 lain jugak yang pernah buat JP VIsa ni..saya cuma membantu ,berkongsi pengalaman sekadar yang ada
YUSRI berkata…
cuba geledah blog2 lain yang tulis pasal JP Visa ni,try pergi terus shah alam kalau tak boleh pergi je lah putrajaya,,
Unknown berkata…
Salam, terima kasih di atas info yang bermanfaat ni.. esok sy nak ke putrajaya mohon jp visa..harap berhasil..
Tanpa Nama berkata…
nak tanya..
maid tak payah ikut kan untuk proses2 nie.. and saksi tu maksudnya di borang personal bond dan contract of employment tu ke? saksi tu boleh amek kawan2 or family members ke?
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Yusri,

Thanks for ur info. Sy dah apply jp visa dekat ibu pejabat imigresen negeri johor. Dah pergi putrajaya on 30th Jan, imigresen dah kluarkan arahan jp visa sekarang dah boleh apply dekat negeri masing2 (sy rasa dekat ibu pejabat setiap negeri je..). rugi duit minyak dan toll pg putrajaya, penginapan lagi...haha tapi takpe bawak anak2 jalan. skrg tgh tunggu jawapan dari imigresen..harap2 lulus. info dlm blog en Yusri sgt berguna dan tepat. kalau en Yusri xkisah, sy nak poskn link lagi 1 blog ada serba sedikit contoh camne nak isi borang tu semua, sekadar nak tlg kawan2 yg perlu. Kalau en Yusri izinkan, sy akan pos link tu..
Tanpa Nama berkata…
lg satu sy nak tanya ada x yv dah berjaya lulus jp visa nie dalam tempoh terdekat ni. sorry td email atas salah. eigitoko2001@yahoo.com
Tanpa Nama berkata…
Assalammualaikum Tuan,

Saya nak bertanya, adakah JP Visa ni hanya untuk PRA dari Indonesia atau untuk semua negara sumber yang dibenarkan oleh imigresen Malaysia?

abdulmanansamsudin@yahoo.co.uk
Fuad berkata…
saya ada bekas maid yang mahu kerja semula. Passport masih sah tapi permit kerja sudah tamat. Saya ada beli tiket pergi dan balik utk bekas maid ini melancong ke Malaysia melalui Surabaya dgn harapan saya uruskan permit kerjanya disini. Tp malangnya dia telah terkandas di Juanda Airport di Imigresen awalaupun utk melancong. Boleh bagi panduan apa sebenarnya yang perlu utk lepaskan maid ke Malaysia melalui melancong? Ada dokumen tertentu atau perlu ada jumlah duit tertentu?
Sekian, terima kasih.
yusri berkata…
sila la pos kan link tu...semoga bermanfaat untuk semua orang
yusri berkata…
Encik Fuad, saya maid saya pun pernah terkandas kat airport LCCT 3 jam..Saya telefon imigresen tu berkali kali...akhirnya lepas jugak..tentang dokumen tu tak tahu la ada ke tak..kalau dah datang sebagai pelancong dan ada visa pelancong apa masalh kat imigresen ni..tu yang tak fahamnya..
Fahmi berkata…
Salam En Yusri...
Masa apply JP visa ni.. Bibik tu kene ada training cert ker?..
Tanpa Nama berkata…
Salam En,

Saya nak tahu kalau maid saya tu bawah umur, masih boleh ker apply kaedah ini? baru 19 tahun.. Kalau tak boleh, boleh en recommend kaedah utk selesaikan masalah saya ini?
Tanpa Nama berkata…
salam..en yusri,terima kasih dgn info yg diberikan..sangat membantu saya dalam urusan JP Visa ..saya dah hantar borang pemohonan di pjbt imigresen shah alam..skrg ni tgh tunggu jawapan..harap semua berjalan dgn lancar dan baik..maid saya masuk sbgai pelancong,masa sampai di LCCT.. imigresen nak tgk duit RM kite..duit tunjuk..yela dah masuk sebagai pelancong mesti ade duit kan..alhamdulilah semua proses dgn imigresen kite di LCCT xde masalah..
YUSRI berkata…
tak ada training CERT..itulah antara risiko ambik kaedah JP VISA ni..sebab kita ambil bibik yg tak terlatih..
Tanpa Nama berkata…
hi,kalau pembantu rumah indo aku dah ambil jp visa kerja kat rumah saya melebihi 3 bulan,ada cara boleh proses permit,berapa kompaunnay?
Tanpa Nama berkata…
JP VISA tu permit lah..yg tak ada permit tu pakai visa pelancong
Tanpa Nama berkata…
Terima ksh bebyk kerana sudi berkongsi
Tanpa Nama berkata…
Terima ksh bebyk kerana sudi berkongsi
Tanpa Nama berkata…
nak tanya..brdasarkn pngalaman En.Yusri
1)betul ke kalo wt JP Visa ni permit akan kluar lmbat spai berbulan2 baru dpt permit..smpai setahun pun ada..betul ke???sbb itu yg dikatakn oleh runner/agen dr sesetengah agensi yg sya tnya...

t.kasih
yusri berkata…
Masa saya buat tu sekejp..mungkin di dsbbkn masa tu kebetuln ada ops pmuthn.tp tahun ni mmg lmbt.kwn tmpt krrja saya br dapt kputsn sjk mmohon dis 2012 mac 2013 ni br dpt
Tanpa Nama berkata…
Salam..kalau maid dah ada di malaysia atas visa pelancong ada x cara lain untuk permit kerja..atau hanya cara diatas sahaja..saudara ada berita terkini berkenaan JP Visa ni..still wujud ke?
Tanpa Nama berkata…
Still wujud. Sy baru buat 2mgu lepas. Harini dah lulus. Alhamdulillah.
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas jawapan..satu lagi soalan..saya tinggal di utara tanah air..di mana saya perlu apply jp visa ni..ada yg kata kena pegi putrajaya..imigresen negeri x boleh buat..betul ke?
Tanpa Nama berkata…
Saya orang Indonesia... Saya ada pertanyaan, kenapa kita ke putrajaya dulu? Bukannya kita harusnya ke FOMEMA dulu untuk medical checkup? Dan setelah itu lampirkan formulir FOMEMA ke dalam JP Visa application?

Terima kasih ya atas bantuannya.
Tanpa Nama berkata…
Saya dr raub pahang. Boleh tak saya buat jp visa utk maid saya di putrajaya sebab putrajaya lehih dekat berbanding kuantan..
glamzmummy berkata…
Borang permohonan visa xleh bkk la bro.. Yg no 3 tu.. Cmner ekkk huhuhu
Tanpa Nama berkata…
hie..kalau visa pelancong dah nak tamat boleh extend? saya blm sempat lagi nak apply utk permit.
wahinah berkata…
Dah tahun 2020 ni. Alhamdulillah dapat gak saya merujuk untuk buat JP visa. Terima kasih. Halalkan maklumat yang saya ambil dan copy ye