Skim Rumah Pertama ku


Apakah Skim Rumah Pertamaku  







Skim Rumah Pertama ku adalah langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. 


Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah. 


Cagamas SRP Berhad adalah pihak yang akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

Persoalan penting


Soalan
 

1. Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?


Jawapan
Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.


Soalan

2.Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?


Jawapan:
Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.


Soalan
3. Adakah kakitangan Kerajaan layak memohon Skim ini?.


Jawapan:
Buat masa ini , kakitangan kerajaan tidak layak untuk  memohon skim ini.

Syarat syarat sebelum membuat Permohonan Skim Rumah Pertamaku ini:

1.Tak perlu deposit 10 peratus. Jaminan bayaran 10 peratus itu telah di jamin oleh Cagamas yang mewakili kerajaan kepada institusi kewangan.
2.Untuk keluarga atau individu yang pendapatannya RM 3000 dan kebawah.
3.Hanya untuk rumah pertama.
4.Umur tidak lebih dari 35 tahun.
5.Sudah di sahkan jawatan sekurang-kurangnya 6 bulan.
6.Harga rumah tertakluk daripada 100 ribu hingga 220 ribu sahaja. 




Untuk maklumat lanjut tentang skim rumah pertamaku 2011 sila lawati  http://www.srp.com.my









6 comments:

Post a Comment

Apesal