30 Jul 2018

SAJAK MERDEKA KANAK KANAK SAYANGI MALAYSIA

SAYANGI MALAYSIA

Malaysia Negara Tercinta
Tempat lahir dan dibesarkan
Di sinilah kami bermain dan belajar.


Sayangi Malaysiaku tanah air kita bersama
di bawah perpaduan Jalur gemilang
Melayu,Cina, India,Iban dan Kadazan
bersatu untuk kemajuan dan kehidupan.


Dengan Kejujuran dan kerjasama
Dengan usaha keras yang jitu dan utuh
Nilai hidup bangsa Malaysia
Jadi amalan sepanjang zaman.

Author:

0 ulasan: