Pagi tadi aku ke Klinik Kesihatan Kampung Pasir Hulu Klang jumpa doktor biasa la hal gout lagi.
Di kerusi sebelah aku duduk ada seorang lelaki lebih kurang sebaya aku menegur. Banyak benda la dia tanya pasal gout. Pasal petua la macam macam lagi.Aku pulak masa tu tengah tahan sakit. Ubat tahan sakit yang aku makan sebelum pergi klinik masih tak menyerap lagi kot.
Aku rasa memang tak ada mood nak melayan. Tak layan macam sombong pulak kan. Jadi aku jawab dengan acuh tak acuh je lah.
Aku rasa memang tak ada mood nak melayan. Tak layan macam sombong pulak kan. Jadi aku jawab dengan acuh tak acuh je lah.
Mungkin macam ni la kot rasanya perasan pesakit di wad hospital yang kita ziarahi.Mungkin dia gembira kita datang tapi dalam kegembiraan tu mungkin kadang kadang ada masanya orang yang kita ziarah tu tengah menahan sakit.
Jadi posting kali ini aku siarkan 5 adab yang perlu diamalkan semasa melawat orang sakit.
Jadi posting kali ini aku siarkan 5 adab yang perlu diamalkan semasa melawat orang sakit.
1. Orang sakit di hospital ini perlukan masa untuk berehat. Jadi kalau nak datang ziarah tu kalau boleh elakkan dari datang dalam kumpulan besar. Bukan setakat ganggu pesakit yang nak dilawati tapi pesakit lain.
2.Ada segelintir ni suka sangat nak bertanya macam macam. Tanya punca sakit la, ,tanya apa yang selalu diamakan jadi sakit. Macam macam soalan yang mungkin akan menyinggung perasaan. Kalau pesakit yang nak cerita takpelah.Kalau tak ,tak perlu lah lebih lebih sangat,
3.Sebagai orang yang datang ziarah di hospital perhatikan bahasa badan mereka. Kalau nampak dah tak selesa cepat cepat la minta diri ya.
4.Kurangkanlah memberi petua tanpa diminta, kalah doktor. Suruh amalkan itu ini, jangan makan itu ini.Suruh ambik suplemen macam macam.Letih mendengar.
5. Dah datang melawat tu janganlah berlama lama.Cukuplah bersederhana.Ini dah jumpa geng kat wad main bergurau senda pulak.
Itulah antara adab ziarah orang sakit yang perlu kita amalkan ya. Lama sungguh tak menulis dalam blog.
0 Ulasan