Petua Menanam Pokok Buah Buahan


Petua ini aku dapat dari blogger MSO yang juga seorang penulis buku politik di FBnya. Ini adalah petua yang di amalkannya semasa menanam pokok buah buahan.
                              

Menurut beliau petua ini tidak ada hubung kait dari segi saintifik dan tak ada jampi serampah. Petua ini hanya tertakluk kepada pokok pokok atau tanaman yang menghasilkan buah dibatang dan julai serta ranting atau pun tanaman yang berisi (ubi) atau berbuah di dalam tanah sahaja.

Petuanya mudah saja, semua tanaman boleh ditanam pada waktu pagi sebelum mentari naik 40 darjah dan ketika mentari menurun sehingga 120 darjah waktu petang. Waktu malam pula jangan sesekali menanam apa jua pokok. Manakala pokok yang berisi didalam tanah elok di tanam pada waktu mentari turun, manakala pokok yang berbuah di batang dan ranting waktu pagi.

Bagi pokok2 tertentu ada hari yang sesuai dan tidak. Hari-hari digalakkan menamam pokok ialah pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu. Kalau boleh elakkan hari Ahad, Selesa dan Rabu. Tanaman tertentu bersesuaian mengikut hari-hari tersebut.
 

Bagi tanaman yang menggunakan biji benih semasa hendak dimasukkan ke dalam lubang, muka (wajah) hendak menghadap ke arah Kiblat. Sebelum ditanam dan ditimbuskan baca bismilah dan selawat ke atas nabi. Ada ayat-ayat tertentu yang perlu dibaca.

Cara paling afdal semasa memasukkan biji benih ke dalam lubang jangan mencangkuk, tetapi dengan meletakkan lutut mencecah ke bumi. Sebelum memasukkan benih lenguk ke atas langit beberapa ketika.
 

Untuk tanaman berakar rambut dan tunjang yang panjang seperti betik, akar tunjang hendaklah dipotong separuh daripadanya. Dan mengenai pemotongan akar ini bergantung kepada jenis tanaman atau pokok. Petua ini tidak termasuk tanaman komoditi seperti getah, sawit dan gharu.

Ringkasan Petua

1. Semua tanaman boleh ditanam pada waktu pagi sebelum mentari naik 40 darjah dan ketika mentari menurun sehingga 120 darjah waktu petang
2. Tidak boleh menanam pada waktu malam
3.Pokok yang keluar buah di batang dan ranting elok di tanam pada waktu pagi
4. Pokok yang berubi elok di tanam apabila mentari turun(petang)
5.Hari yang di galakkan menanam pokok ialah pada hari Isnin,Khamis dan Sabtu
6. Elakkan hari Ahad, Selasa dan Rabu


sumber: Msomelayu.blogspot.com 

Catat Ulasan

0 Ulasan