Cara buat ikan pekasam
Ikan gelama dibuat ikan pekasam. |
Semasa tinggal di Sarawak saya tinggal di perkampungan nelayan. Selalu penduduk kampung yang baik dengan saya hadiahkan ikan ikan di antaranya ialah ikan gelama. Kalau saya membeli pun ikan di sana harga yang dijual adalah sangat murah berbanding di tempat lain.
Di antara ikan ikan yang banyak terdapat di sana ialah ikan gelama dan ikan puput, Oleh kerana semasa itu saya sangat merindukan ikan pekasam manakala di sini tiada sesiapa yang saya tahu menjual dan membuat ikan pekasam saya pun terpaksalah membuatya sendiri.
Oleh kerana cara buat ikan pekasam ini saya tidak berapa tahu saya pun menelefon ibu saya di kampung untuk bertanya. Hasilnya saya berjaya menghasilkan ikan pekasam sendiri. Oleh kerana di sini hanya banyak ikan laut saya membuat ikan pekasam menggunakan ikan gelama sahaja.
orang lain ikan gelama buat ikan masin ,aku buat pekasam.. |
Cara buat ikan pekasam ni mudah je. Apa yang perlu ada kalau ikut resepi dari mak aku.
1. Mesti ada ikan.
Biasanya orang buat ikan air tawar.Kalau nak buat ikan laut pun boleh. Ikan itu mesti di bersihkan dengan sebersih bersihnya.
Perut ikan mesti cuci sampai putih bersih. Ini nak mengelakkan ikan dihurungi lalat.
2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ni biasa orang buat, sekilo ikan seratus gram garam.Tapi saya bubuh tak ada sukat sukat.Ikut kata hati.
3. Beras.
Beras disanga(goreng tanpa guna minyak). Dah siap sanga tumbuk sampai sederhana lumat.
4. Asam keping.
Letakkan asam keping setiap lapisan ikan yang telah disusun tadi.
Langkah Langkah mudah.
1.Setelah ikan siap di bersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gm garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais semalaman.
2. Gaul ikan tadi dengan beras yang telah disanga.

beras di sanga sampai kekuningan. tumbuk sederhana halus |
3. Cari bekas yang bertutup rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang di simpan dengan ikan malam tadi. Sebelum tu masak dahulu air garam tersebut di atas api sederhana. Dah sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tu sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat.
tutup rapat rapat.. |
8. Masukkan dalam bekas lain.
10 Ulasan
minta izin saya linkkan post ini di blog saya...
terima kasih...
Thanks 4 share.. Sy mmg tercari2 cr nak buat pekasam ni..
Tq
bagaimana kalau tgh sedap2 mkn - terbersin, hidung gatal, berair dan mata jd merah2?...Kalau petanda ni melanda, maka segera dapatkan rawatan di:
Perubatan Resdung paling berkesan
Semoga pemakanan kita di kemudian hari tidak terganggu lg dgn adanya rawatan tu. Tq.
http://resepipancing.blogspot.com/2013/06/sebarau-pekasam-nusantara.html