Buku ASB Hilang?


Hari ini aku ke PNB di Jalan Tun Razak yang bersebelahan Bangunan Tabung Haji yang bangunannya bentuk tabung tu. Semuanya gara gara buku ASB aku yang hilang sampai sekarang tak di jumpai.

Sampai di situ, aku mencari parking di tingkat bawah bangunan PNB. Malang tak ada kekosongan. Pekerja parking menyuruh aku ke bangunan belakang (bangunan PNB Darby Park) untuk parking kereta. Sampai tingkat 8 baru ada kosong. Dari bangunan tu aku turun ke lobby seterusnya aku ke bangunan PNB bersebelahan. Aku ke tingkat 1 iaitu kaunter utama PNB. 

Aku ingat ramai la orang kat sini. Rupanya tak ada ramai sangat pun walaupun kaunternya agak banyak. Kemudian bila aku beritahu masalah ini aku cuma kena isi borang dan bayar RM 20 untuk buat buku yang baru sahaja.

Kat tempat ini  kita juga boleh buat penambahan pelaburan, buka akaun baru atau buat pelaburan PNB lain seperti ASW, AS 1M dan banyak lagi pelaburan PNB..Kat tempat ni juga kita boleh ambil borang untuk buat potongan gaji. ATM pun aku ada nampak di lobby  bangunan Tabung Haji bersebelahan.


Alamat PNB 
10 Jalan Binjai
Kuala Lumpur
03-2171-2859

7 comments:

Post a Comment

Apesal