Rumah Pertama di Keramat Hujung

Saya sekarang menyewa sebuah rumah pangsapuri 20 tingkat di Keramat Hujung.Rumah saya pula terletak di tingkat 20 iaitu tingkat yang paling atas sekali.

Tersangat lah jemu semasa menunggu lift terutamanya pada waktu pagi. Semasa mula mula tinggal di sini saya juga ada perasaan gayat dan takut bila masuk lift.

Apabila tinggal di rumah pangsapuri ini ada banyak kekurangan yang perlu kita hadapi terutama buat mereka yang dah terbiasa tinggal di rumah yang bertanah.

Sejak duduk disini aku hadapi rasa malas nak buang sampah ,malas nak pergi turun beli barang dan makanan serta malas nak pergi surau. Malas nak pergi kerja.

Kereta pulak tak dapat nak parking depan pintu rumah malah terpaksa bersempit sempit di petak parking yang bertindan tindan.

Tinggal di rumah tingkat atas ni memang sangat terasa jika ada angin kencang dan ribut yang disertai oleh bunyi angin yang sangat kuat.

Saya berharap satu masa nanti akan dapat balik ke kampung dan dapat beli tanah yang besar, sementara di belakang rumah pula ada kebun buah buahan dan ternakan lembu dan kambing.