Tips Beli Rumah

Aku nak beli rumah. Tapi sebelum nak beli rumah banyak perkara nak di fikir. Fikir dari segi harga tu paling penting.

Kedua penting ialah segi jarak ke tempat kerja dan adakah tempat tu sesak dan 'jam' sesangat. Tempat parking pun di kira juga. Di sebabkan aku dan wife kerja di pusat bandar KL rumah yang kami nak beli mestilah di kawasan berhampiran.

 Ramai juga kawan aku yang beli rumah di Sg Buloh dan Puncak Alam K.Sel dan kerja di pusat bandar. Namun, masaalah kerja wife aku ni balik tengah malam,dan ada masanya kerja shift malam so amat tak sesuai kalau nak duduk jauh jauh. Dah la tu , kerja aku normal , kerja dia shift.

Ok,. berbalik kepada rumah tadi. Aku memang teringin  nak beli rumah teres setingkat anggaran 100-250k yang kiranya aku dan wife masih mampu lagi la nak bayar. Masalahnya sekarang pilihan yang ada di KL ni terhad. Nak cari rumah teres memang atas 300K ke atas lah.

Kalau ada bawah 200k itupun rumah pangsapuri 800 kaki persegi.  Pusing pusing tempat yang sama, ukay perdana 2, 3 kali pusing.

 Ampang plak sesak sangat pagi pagi. Nak cari belah selatan KL mcam di Sri kembangan jauh jugak kerana aku dan wife kerja belah utara KL. Tak sanggup nak mengharungi jam.

So, wait and see. Aku selalu cakap kat wife aku, kita beli je rumah macamanapun. Nanti dah cukup 4-5 tahun kita kat KL kita blah la. Pindah Slim River ke, K. Selangor  ke. Wife aku kompom suka nak beli sebelah slim river. Belah kampung dia. Aku suka belah K. Sel sebab itu area aku. ..

Catat Ulasan

4 Ulasan

pizli.mw berkata…
Dia macam banyak sangat benda nak fikir pasal beli rumah ni. Macam aku dengan wife beli dekat tempat jauh, murah la tapi takde apa-apa. Tapi kalau nak yang ada macam-macam mahal melampau. Nasib baik aku dapat kerja dekat dengan rumah. Ikut nasib jugakla kut..
ruggedmom berkata…
Askm.
Kat blog sy ada sikit tips hartanah dan pengalaman melihat-lihat hartanah nih. Mai la...
anyss berkata…
Salam,
Kalau area slim river atau kuala selangor, lebih best kalau beli tanah dan bina rumah. Boleh buat ikut suka dan impian sendiri. Campur tolak kos dia sama je dengan beli rumah siap yang belum tentu kita suka. Lepas tu kena renovet lagi...pakai duit juga
yusri berkata…
Anys: saya setuju ...nanti la kalau ada peluang memang fikir nak beli tapak rumah dan buat rumah..

ruggedmom: TQ

Pizli; Ok la kau..