Air Tak Ada di Hari PKP

Jam 1.30 pagi terjaga sebab terdengar bunyi bising. Jenguk dari tingkap teruja aku sebab ada lori Air Selangor. Ramai pulak dah manusia jiran jiran tetangga aku yang sedang beratur dengan bekas dan timba masing masing.


Pantas aku bertindak.Turun beratur dengan 2 buah baldi. Tak dilupa telefon jiran sebelah bagitau lori air dah sampai sebagai jiran yang prihatin. Dua timba air aku bawak naik masukkan dalam bekas di rumah. 

Kemudian turun lagi bawak timba yang sama..Mengah jugak.Lama tak buat kerja berat macam ni.
Semasa naik kali kedua  , jiran yang aku telefon tadi menegur aku di muka pintu rumah dia.

" bang air paip dah ada cuba tengok".

Oh yeke.Takpelah abang saja je angkut air ni sambil exercise dah lama dok saja masa pkp ni"😆- (bukan dialog sebenar). 

Ceh patut lah masa aku turun kali kedua tadi dia tak turun bergegas sama. Salah aku jugak tak check dulu air kat paip.Buat penat sajalah ni. 

Catat Ulasan

0 Ulasan