Senarai Semak Permohonan
Pembantu Rumah (JP VISA)
Bil Dokumen (tandakan (/) Jika ada)
Kalau
JP VISA ini masih terpakai di
Malaysia aku nak kongsikan pengalaman menggunakan maid menggunakan kaedah ini.
Kaedah ambil maid ini sebenarnya lebih murah dan jimat tapi haruslah banyak urusan yang patut kita selesaikan sendiri.
Apa Dia JP VISA?
JP Visa atau Journey Performed Visa adalah visa
yang di gunakan untuk bekerja (dalam kes ini sebagai pembantu rumah) setelah tinggal di
Malaysia menggunakan Visa Pelancong tetapi kemudian memohon permit untuk bekerja..
Berbeza pula dengan Calling Visa yang mana kita sebagai majikan buat dokumen di Malaysia terlebih dahulu sebelum pembantu rumah sampai ke negara ni
Bercerita tentang pengalaman
aku sendiri , dengan menggunakan agen terus dari Indonesia aku dapat jimat dalam RM 2k-3 K juga di bandingkan jika guna khidmat agen Malaysia.
Ada beberapa masalah
yang aku hadapi semasa mula mula mendapatkan khidmat Pembantu Rumah Asing ini. Antaranya ialah kes di mana Pembantu Rumah Asing (PRA) di tahan oleh
Imigresen semasa tiba di LCCT. Setelah menunggu berjam jam dengan penuh kalut baru aku tahu dia telah di tahan. Terpaksa lah aku telefon imigresen ni bagi tahu PRA tu datang nak
melawat saudara mara. Lama juga lah urusan untuk menyakinkan imigresen tu .
Setakat tu je lah masalah yang aku hadapi. Masalah lain ada cuma berkaitan dengan cara kerja PRA ni. Lain kali kalau ada idea nak menulis tentang hal tu aku tulis di blog ni.
Sebenarnua aku nak kongsikan pengalaman aku yang dah pakai maid ni guna JP Visa. Ada kawan aku yang nak memohon maid baru baru ni kata kat aku kaedah JP Visa masih boleh di gunakan. Itu yang menyebabkan aku nak menulis pengalaman ini. Di
bawah entri ni aku ada juga bagi link untuk memudahkan anda semua download borang borang tu.
Ada 6 langkah;
Langkah 1
Isi
borang borang yang telah di download dan seterusnya di print out seperti di nyatakan di senarai semak di atas. Kemudian cari seorang penjamin untuk tandatangan
pada borang personal bond dan juga seorang saksi pada borang perjanjian pekerjaan (sebenarnya boleh
guna orang yang sama) .Penjamin ini boleh terdiri dari kawan kawan atau saudara
mara.
Langkah 2
Ambil
gambar passport untuk majikan dan PRA untuk di lekatkan dalam borang PRA.
Langkah 3
Sebelum
hantar borang borang ini ke Imigresen, pergi dahulu ke Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) berdekatan untuk matikan setem RM 10
i.
Perjanjian
Pekerjaan oleh PRA yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal di matikan setem
& 2 set di buat salinan)
ii.
Borang
Personal Bond (mati setem RM 10)
Langkah 4.
Tunggu dalam
tempoh 2 minggu hingga sebulan untuk mengetahui keputusan permohonan ini. Nak
dapat keputusan ini aku kena turun sendiri ke Putrajaya sebab telefon Imigresen
lambat di angkat. Di laman web pun tak ada keputusan guna JP Visa ni. Jadi anda cuba lah mana yang sesuai.
Langkah 5
Bila dah
lulus permohonan tu, langkah seterusnya ialah daftar Fomema yang berharga RM 190. Bawa surat kebenaran yang di ambil dari Imigresen selepas keputusan di keluarkan. Borang Fomema dari laman web Fomema tu download , print dan isi dengan lengkap.
Pilih Klinik yang ada buat servis Fomema dan lebih baik berhampiran rumah .Senarai klinik Fomema mengikut negeri ada dalam web Fomema tu. Lepas dah hantar borang ke Fomema terdekat anda dapat satu borang untuk urusan bawa PRA buat medical Check Up.
Tunggu keputusan dalam masa 7 hari lihat dalam online je.
Langkah 6.
Bila dah
lulus , pergi terus ke Imigresen dan buat bayaran tanpa perlu bawa apa apa keputusan Fomema sebab Imigresen sudah dapat keputusan yang di hantar sendiri oleh Fomema. Ini sejarah bayaran yang aku
buat untuk dapatkan PLKS.
i.
Visa
Entry (JP) RM 15.00
ii.
Bayaran
Proses JP RM 500.00
iii.
Levi
PLKS RM 410.00
iv.
Per
Baru PLKS RM 60.00
v.
Visa
Multiple Entry RM 15.00
vi.
Bayaran
Proses PLKS RM 10.00
Total : RM 1010.00
Fomema: RM 190
Download Borang Borang JP Visa di bawah
3 Borang Permohonan Visa (kalau link rosak search borang (IM. 38-Pin.1/93)
Nak Mudah? KLIK BORANG DI BAWAH
DOWNLOAD SEMUA BORANG JP VISA
Shahir Bin Salim
No 123 Jalan Satu
Taman Indah
7777777 Hulu Klang No Tel: 010-9999999
_________________________________________________________________________________
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia
Kementerian Dalam Negeri
No.15 Tingkat 1-7 ,(Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2
62550 Putrajaya 14 Disember 2011
Tuan,
Perkara: Permohonan JP Visa
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Adalah saya, Shahir Bin Salim No Kad Pengenalan 123456-09-9999) ingin memohon JP Visa untuk ..................(Nama PRA) (No Passport Indonesia: 123456
3. Tujuan permohonan JP Visa ini adalah untuk membolehkan .................(Nama PRA) bekerja sebagai Pembantu Rumah di negara ini untuk menjaga anak anak saya.
4. Sehubungan dengan itu, bersama sama dengan surat permohonan ini saya sertakan dokumen dokumen yang berkaitan seperti yang di senaraikan di dalam Senarai Semak (Lampiran 1) untuk tindakan lanjut pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar
(Shahir bin Salim)
No Kad Pengenalan: .123456-09-9999)
51 Ulasan
1. dalam borang permohonan baru, semestinya nama suami dulu atau boleh nama isteri dulu sbb saya cadang nama isteri yang utama...
2. masa nak serahkan borang permohonan, perlukan suami ikut serta atau cukup hanya isteri?
terima kasih...aan1512@yahoo.com
yang tu tak pasti la, kena tanya lebih lanjut dengan pihak imigresen..cuma nama majikan hanya seorang jelah..macam saya , sayalah majikan..
1.Nak tanya kalau bahagian yang kita tak berapa nak pasti nak isi apa dalam ruangan yang perlu diisi dalam borang, boleh ke tinggalkan kosong dlu dan isi kemudian di pejabat imi masa nak submit nanti.
2. Kalau borang yg perlu matikan setem perlu ke isi penuh2 atau boleh matikan setem baru isi.
Terima kasih.
Yang Benar,
Saya yang baru nak belajar..
Ingin bertanya, utk apply JP Visa nie boleh buat di Imigresen Shah Alam ker? Atau mmg kena buat di Putrajaya? Harap dpt membantu...
maid tak payah ikut kan untuk proses2 nie.. and saksi tu maksudnya di borang personal bond dan contract of employment tu ke? saksi tu boleh amek kawan2 or family members ke?
Thanks for ur info. Sy dah apply jp visa dekat ibu pejabat imigresen negeri johor. Dah pergi putrajaya on 30th Jan, imigresen dah kluarkan arahan jp visa sekarang dah boleh apply dekat negeri masing2 (sy rasa dekat ibu pejabat setiap negeri je..). rugi duit minyak dan toll pg putrajaya, penginapan lagi...haha tapi takpe bawak anak2 jalan. skrg tgh tunggu jawapan dari imigresen..harap2 lulus. info dlm blog en Yusri sgt berguna dan tepat. kalau en Yusri xkisah, sy nak poskn link lagi 1 blog ada serba sedikit contoh camne nak isi borang tu semua, sekadar nak tlg kawan2 yg perlu. Kalau en Yusri izinkan, sy akan pos link tu..
Saya nak bertanya, adakah JP Visa ni hanya untuk PRA dari Indonesia atau untuk semua negara sumber yang dibenarkan oleh imigresen Malaysia?
abdulmanansamsudin@yahoo.co.uk
Sekian, terima kasih.
Masa apply JP visa ni.. Bibik tu kene ada training cert ker?..
Saya nak tahu kalau maid saya tu bawah umur, masih boleh ker apply kaedah ini? baru 19 tahun.. Kalau tak boleh, boleh en recommend kaedah utk selesaikan masalah saya ini?
1)betul ke kalo wt JP Visa ni permit akan kluar lmbat spai berbulan2 baru dpt permit..smpai setahun pun ada..betul ke???sbb itu yg dikatakn oleh runner/agen dr sesetengah agensi yg sya tnya...
t.kasih
Terima kasih ya atas bantuannya.