Baru baru ini aku dan Yana ke tempat ini . Sekali sekala nak rasa makan tempat mahal mahal ni. Nak buat selalu tak mampu lah kan.
Cafe ini diberi nama Gaffe&Co Cafe di The Garage KL. Terletak di Jalan Hillview Taman Sri Ukay dan berjiran dengan Bamboo Restoran.
![]() |
Makanan yang diorder. Amacam terliur tak?. Sekali sekala je..Selalu sangat koyak poket.Kah Kah. |
![]() |
Suasana tenang,dahlah masa ni waktu pukul 3 mana ada orang sangat. |
![]() |
Apatah nama makanan ni,nak buat reviu pun tak ingat nama. |
Kedudukan Cafe ini mudah dicari kerana sebelah jalan MRR2 menghala ke arah Ampang dari arah Gombak.
Dekorasi atau hiasan dalaman di cafe ini cantik dan unik. Cafe yang dibina berasaskan beberapa buah badan kontena ini sarat dengan banyak sudut yang menarik untuk dilihat.
Untuk pengunjung muslim kemudahan surau turut disediakan. Pada waktu malam ada persembahan live band diadakan di kafe ini. Ada ajak Yana pergi. Dia tak nak pulak.
0 Ulasan