Tekanan Kerja dan Gaot



Kaki sakit lagi kali ini. Baru 2 minggu lepas kaki sebelah kanan aku sakit tanpa sebab. Ke klinik, doktor kata aku suspek gaot. Puncanya gara  gara selepas aku makan sotong.

Ada baca dalam satu majalah kesihatan, mengatakan punca gaot adalah di sebabkan juga oleh stress. Stress yang di sebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya mungkin disebabkan tekanan kerja. 

Berbalik kepada tekanan kerja, di akui sekarang aku memang menghadapi tekanan kerja. Banyak kerja perlu di buat dalam satu masa. Dan di sebabkan aku berhadapan dengan masaalah pengurusan kerja dan masa , maka ini yang menambahkan tekanan.

Aku perlu mengajar, perlu menyiapakan data sekolah/guru , dan juga data murid. Pada masa yang sama aku juga ketua panitia, Naib S/U PIBG (selalu nak buat meeting di sebabkan terlalu aktif). Aku tak tahu nak fokus yang mana satu.

Di sebabkan data memerlukan ketepatan, maka bila tarikh akhir yang di minta oleh Pejabat Pelajaran , aku sudah terlewat. Ini kerana banyak maklumat yang ralat di sebabkan ada segelintir guru kelas tidak mengisi maklumat dengan tepat.

Tambahan lagi ibubapa yang tak mengisi maklumat dalam borang sistem maklumat murid dengan lengkap. Jadinya kena la aku berjaga sampai ke pukul 2-3 pagi hanya untuk menyemak kesilapan ini. Pening dan tak cukup tidur.


Catat Ulasan

4 Ulasan

pizli.mw berkata…
Jaga kesihatan.. Aku pun kena jaga2 ghout sbb hari tu kena batu karang..
yusri berkata…
ok..baru nak reply....hahaaa
Cikgu Muazam berkata…
Salam,

Orang kalau tak pernah jadi Guru Data memang akan cepat hentam cakap kita ni tak banyak kerja.. Tapi depa tak tau kita kekadang stay up sampai kol 3-4 pagi untuk key in data sebab sistem hang.. saya dah masuk tahun ke-3 jadi guru data.. sabar je la..
yusri berkata…
cikgu muadzham:
itulah ramai yang kata tak buat kerja...kadang diorang tak tau kita balik rumah pun masih buat kerja...