Pada tahun lepas aku sekeluarga (3 keluarga kecil) mengiringi adik ipar ke Unisza(Universiti Sultan Zainal Abidin) di Gong Badak Kuala Terengganu sempena majlis konvokesyennya.
Untuk ke sana sudah tentu banyak juga kos kos yang perlu di sediakan. Antaranya sudah tentu kos minyak ,penginapan, tol hinggalah ke makanan perlu di peruntukkan untuk perjalanan jauh sebegini.
Jadi, salah seorang dari ahli keluarga kami mencadangkan untuk membawa bekal makanan dan bahan makanan mentah kerana kami menyewa sebuah rumah di sana. Rumah rehat tu memang ada peralatan dapur yang lengkap untuk memasak.
Anggaran kos untuk makanan jika di beli di R&R untuk 9 orang dewasa dan 2 kanak kanak tentu sangat membebankan terutamanya harga makanan di R& R yang biasanya agak mahal berbanding di tempat lain.
Anggaran makan dan minum
Makanan dan minuman = RM 8 (1 kepala) x 9(orang)= RM 72
RM 72 tersebut di peruntukkan hanya untuk satu kali makan. Itu belum lagi di kira lagi dengan kos makan malam dan kos makanan ringan.
Malam sebelum ke Terengganu kami sekeluarga telah di beri tanggungjawab masing masing. Keluarga aku menyediakan udang masak sambal dan masak nasi satu periuk.
Keluarga Kak Ngah dan Abang Nuar pula di pertanggungjawabkan untuk membuat lauk ayam goreng berempah.
Mak pulak masak daging kicap, ikan pekasam ,ikan masin, ulam ulaman dan sambal belacan. Selain itu mak juga masak nasi satu periuk kecik dan membawa beras 5kg untuk di masak di rumah rehat tersebut.
Dengan makanan yang kami bawa tu, rupa-rupanya kami boleh makan sampai 3 kali, termasuklah boleh di guna untuk makan sarapan keesokan pagi sebelum ke konvokesyen.
Aku nampak banyak kebaikan dan kelebihan bawa bekal makanan ini.
1. Sudah tentu ia menjimatkan
2. Memupuk sikap kerjasama antara ahli keluarga
3. Merapatkan hubungan kekeluargaan semasa makan bersama
4. Aktiviti yang menyeronokkan seolah olah pergi berkelah...
Itulah kenangan manis yang sempat kami cipta dan sampai hari ini terkenang kenang terutamanya peristiwa kehujanan semasa makan di bawah pokok di hentian rehat Lentang..sampaikan ada yang makan nasik bercampur dgn air hujan...hehe

darwisy seronok.... |

gambar konvo Itah...siapakah mamat di belakang tu? |
0 Ulasan