Apakah buku terakhir yang anda habis baca?

Secara kebetulan. Membawa anak murid aku ke perpustakaan. Lalu aku meminjam sebuah buku. Itu cerita tiga minggu yang lalu. Kemudian minggu hadapannya. Aku pinjam lagi sebuah buku.

Memang membaca buku cerita adalah kegemaran yang aku dah lama tinggalkan sejak sekolah menengah. Entah mengapa tak ada keinginan membaca lagi sejak itu.  Dulu memang setiap seminggu sekali dua buah buku aku habis baca. Kadangkala hanya dalam 2 hari aku habis baca sebuah buku setebal 200-300 mukasurat.

Bila aku teringat, Malay Dilemma (versi bahasa) tulisan Dr Mahathir (kini Tun)  sepuluh tahun yang lalu semasa aku di UUM adalah bahan bacaan serius  terakhir yang aku baca. Sejak itu, dunia buku aku tinggalkan perlahan lahan. Semalam , mungkin atas faktor kebetulan aku nekadkan diri untuk kembali mencintai dunia buku dengan membeli buku untuk di baca.


Secangkir Teh Pengubat Letih hasil tulisan UstazHasrizal(saifulislam.com).

Mengenai pengalaman penulis di  Turki. Cerita mengenai persahabatan, budaya hidup,politik dan keagamaan di bumi terakhir Khalifah di olah dengan menarik berselang seli dengan dakwah dan nasihat yang berguna dari pengalaman tersebut. Buku ini buku yang di hasilkan pada 2010. Pada tahun ini ustaz hasrizal kembali menulis sebuah lagi buku 'murabbi cinta. 





Catat Ulasan

3 Ulasan

norinaomar berkata…
buku2 ustaz hasrizal memang best yus..olahan dia sangat simple dan sampai ke dalam jiwa..highly recommended!

aku memang gila buku(bukan novel cinta okey) dan kebetulan tunang aku pun sama..baru2 ni hari guru Intan Zhamieha bagi aku buku tajuk 'Tangisan kerana Allah'..macam tau2 je aku memang gila buku =)
yusri berkata…
dua hari aku dah habis baca buku ni..best..rasanya aku akan teruskan dunia bacaan buku ini..
zacky786 berkata…
menarik buku ni :)