Cara Cara Mudah buat Pekasam

Cara Cara Mudah Buat Ikan Pekasam 

Ikan Pekasam adalah hidangan lauk yang sedap dan menyelerakan. Ia sangat popular terutamanya di bahagian utara negara kita. 

Bagi yang minat makan ikan pekasam, sebenarnya nak buat ikan pekasam ni tidak lah rumit dan susah. Sebenarnya cara membuatnya senang sahaja. 





Bahan Bahan
1.  Ikan. 
Biasanya orang buat pekasam menggunakan ikan sungai dan ikan sawah.Kalau nak buat menggunakan ikan laut pun boleh. Sebelum nak membuat ikan pekasam pastikan ikan telah dibersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti cuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat. 

2. Garam.(garam kasar@ halus pun boleh)
Sukatan garam ini biasa orang buat, sekilo ikan bersamaan seratus gram garam.
3. Beras. 
Beras ni disanga terlebih dahulu  (goreng tanpa guna minyak). Dah siap disanga tumbuk beras sampai sederhana lumat. Buat la banyak banyak sebab nanti nak gaul dengan ikan itu nanti.  
4. Asam keping. 
Ada jugak orang yang tak letak asam jawa @asam keping ni. Sebabnya beras yang kita letak pada  ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui kaedah penapaian.Tapi sebaiknya letaklah sebab resepi mak aku ajar macam tu. Hehehe. 



Langkah Penyediaan.

1.Setelah ikan siap dibersihkan, ,masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gram garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu.Simpan dalam peti ais semalaman, 

2. Kemudian ambil beras yang sudah di sanga dan tumbuk tu. Gaul dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya nanti bila di goreng, beras ni la akan jadi serbuk pekasam tu. Tinggalkan sedikit beras untuk dituang di atas ikan yang telah siap disusun nanti. 

3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas,Setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.

4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana.  Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.

5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi  ke dalam bekas ikan. 

6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat.


Seminggu lepas tu cuba la masak ikan pekasam tadi.

Catat Ulasan

0 Ulasan