Resepi Rendang Tok Perak

Keenakan Rendang Tok Perak memang tidak dapat dinafikan terutama dinikmati bersama ketupat nasi dan lemang semasa Hari Raya. Setelah mencuba beberapa kali akhirnya percubaan saya agak berjaya. Apatah lagi menu ini saya pernah masak semasa sambutan rumah terbuka dan mendapat pujian dari kawan kawan. 





resepi-rendang-tok-perak
Rendang Tok 
Resepi Rendang Tok

1 kilo daging batang pinang

Bahan Bahan Kisar 
1 camca jintan manis
1 camca jintan putih
Biji Ketumbar 1 sudu kecil
Buah Keras 2 biji
Halia sebesar ibu jari
Bawang Merah kecil 6 biji
Bawang putih 4 ulas
lengkuas  sebesar ibu jari
Cili Kering (10 helai)
Lada Hitam (1 sudu kecil)
Serai 6-8 ulas

Bahan Tumis
Kulit kayu manis (2 batang)
bunga lawang

Bahan Bahan Lain

Gula Merah 3 sudu

Gula Melaka separuh dari sebatang
kerisik 2 peket kecil
Garam secukup rasa


Cara Memasak

1. Kisar bahan bahan kisar tadi
2. Gaul bahan bahan kisar dengan 1 kilo daging
   dan perap (1 malam lagi baik)
3. Tumis bahan bahan kisar tadi  bersama bunga lawang dan kayu manis
   sehingga keluar minyak
4. Masukkan daging yang telah di perap ke dalam kuali
5. Masukkan santan
6. Masukkan Gula Merah
7. Masak hingga betul kering
8. Masukkan garam dan ajinamoto secukup rasa

Catat Ulasan

0 Ulasan