Bahagian Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam
kini dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) sebagai sebuah badan berkanun.
Segala kemudahan dan faedah pinjaman perumahan
kakitangan awam yang tersedia pada masa yang lalu di bawah Bahagian Pinjaman
Perumahan Kakitangan Awam (BPA) masih kekal.
Ia menepis tanggapan sebahagian
masyarakat dan kakitangan awam yang tersilap faham dengan viral viral yang
berlegar di media sosial.
Baru baru ini aku mencari maklumat berkaitan
pinjaman perumahan kerajaan kerana ingin membeli sebuah rumah di Tanjung
Karang. Beberapa maklumat yang aku ambil terus daripada laman web
http://www.lppsa.gov.my/
PINJAMAN
PERTAMA (KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN)
Soalan: Adakah
saya layak untuk memohon pembiayaan perumahan LPPSA jika telah berkhidmat
sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika
telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara
rasmi?
Jawapan: Tidak layak kerana pengesahan jawatan adalah wajib bagi
permohonan pinjaman.
Soalan: Apakah
perbezaan diantara skim pembiayaan perumahan SPPP dengan SPPI ?
Jawapan: i. Skim Pembiayaan Perumahan SPPP adalah skim pembiayaan secara
konvensional.
ii.
Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad
jual beli).
Soalan: Bolehkah
saya membeli rumah kedai ?
Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai ciri-ciri kediaman
seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air.
Soalan: Bolehkah
saya memohon pembiayaan perumahan LPPSA untuk membeli petak rumah kediaman
(pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu jika Hakmilik Strata
masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama
penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik
tersebut.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan di bawah syarat pembelian harta sekunder.
Soalan: Bolehkah
saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat penjanjian jualbeli rumah
ditandatangani oleh 3 pihak iaitu tuan tanah,pembeli dan penjual/pemaju atau
mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.
Soalan: Bolehkah
saya memohon pembiayaan perumahan LPPSA untuk membeli rumah yang sudah siap
(Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan.
Soalan: Bolehkah
saya menggunakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA untuk membeli tanah dan
mendirikan rumah secara serentak.
Jawapan: Tidak boleh dikemukakan serentak. Permohonan pinjaman beli tanah
hendaklah dikemukakan terlebih dahulu. Permohonan pinjaman bina rumah boleh
dipohon setelah Arahan Potongan Gaji untuk pinjaman tanah telah dikeluarkan.
Soalan: Sekiranya
tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan penggunaan tanah tersebut adalah tanah
pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan dengan syarat nama suami isteri ada dalam
hakmilik.
Soalan: Bolehkah
saya memohon pinjaman bersama membeli tanah pertanian kurang 2 ekar?
Jawapan: Tidak.
Soalan: Saya
telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan SPPP, Jenis IV.
Bolehkan saya:
a) Membina rumah dengan menggunakan
pembiayaan Islam (SPPI).
b) Membina rumah di atas tanah lain
kepunyaan saya.
c) Isteri saya membuat pinjaman untuk
membina rumah di atas tanah tersebut.
d) Memohon pinjaman perumahan kali kedua
bagi membeli harta baru.
Jawapan a) Tidak.
b) Boleh dipertimbangkan dengan syarat
menyelesaikan hutang pinjaman membeli tanah di mana pinjaman tersebut dikira
sebagai pinjaman harta kedua.
c) Boleh dipertimbangkan sekiranya nama
isteri ada dalam hakmilik tersebut.
d) Boleh dipertimbangkan dengan syarat perlu
menyelesaikan hutang pinjaman tanah yang terdahulu.
Soalan: Saya
telah membeli rumah teres @ pangsapuri melalui pinjaman dari bank dan sekarang
berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pembiayaan
perumahan LPPSA. Adakah saya layak memohon pinjaman jika:
a) Hakmilik Individu/Strata belum
dikeluarkan; dan
b) Hakmilik Individu/Strata telah
dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama saya & dicagar kepada
bank.
Jawapan: a) Boleh
dipertimbangkan sekiranya bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju.
b) Tidak.
Soalan: Saya
telah membeli rumah kos rendah dalam pembinaan dari pemaju. Bolehkah saya
memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan: Apakah
perbezaan di antara Pinjaman Jenis 1(Rumah Siap) dan Jenis 1 (Sekunder
Strata/Individu) dan Jenis 1(Sekunder Assignment).
Jawapan: Rumah siap Jenis 1 adalah rumah yang mempunyai hakmilik berdaftar
atas nama penjual, sementara Sekunder Strata/Individu/Assignment, hakmilik
masih atas nama pemaju.
Soalan: Berapa
lamakah proses kelulusan bagi membeli harta daripada penjual yang masih
berhutang dengan LPPSA (Pembelian secara Kontra).
Jawapan: Tempoh kelulusan adalah 5 hari bekerja.
Soalan: Bolehkah
pemohon membuat pinjaman baru setelah membatalkan pinjaman yang telah
diluluskan atas sebab masalah peribadi.
Jawapan: i) Bagi pinjaman yang telah diluluskan tetapi Lampiran E masih
belum dijawab,pemohon boleh membuat pinjaman baru.
ii)
Bagi pinjaman yang telah diluluskan dan telah menjawab Lampiran E, pemohon
boleh membuat pinjaman baru setelah tuntutan baki hutang ke atas pembatalan
pinjaman tersebut diselesaikan. Pinjaman baru ini dianggap pinjaman terakhir
dan pemohon tidak layak untuk memohon pinjaman harta kedua/ubahsuai.
Soalan: Bolehkah
saya memohon secara SPPI sekiranya harta tersebut telah dipindahmilik diatas
dua nama dan hanya seorang sahaja yang membuat pinjaman (Jenis 5- Penyelesaian
hutang bank).
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan: Bolehkah
saya memohon untuk membuat penilaian semula ke atas harta saya sekiranya saya
telah menjawab Lampiran E (Surat Setuju Terima Tawaran).
Jawapan: Tidak.
Soalan: Bolehkah
saya memohon pinjaman untuk membeli apartment termasuk parking lot.
Jawapan: i) Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyertakan 2 perjanjian
yang berasingan sekiranya parking lot adalah berasingan.
ii)
Sekiranya parking lot berada di bangunan yang sama tidak memerlukan 2
perjanjian.
Soalan: Sekiranya
saya tidak layak membuat pinjaman penuh ke atas rumah yang ingin dibeli,
bolehkah saya membuat pinjaman bersama tunang saya untuk membeli harta
tersebut.
Jawapan: Pinjaman bersama hanya dibenarkan bagi suami dan isteri sahaja.
Soalan: Bagaimanakah
cara untuk saya membuat pinjaman bagi harta yang dibeli melalui pinjaman bank.
Jawapan: Pinjaman Jenis V, penyelesaian hutang bank/institusi kewangan.
Soalan: Bolehkah
saya membeli tanah berstatus pertanian yang berkeluasan kurang daripada 1 ekar.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan: Saya
telah disahkan jawatan sebagai N17, dan sekarang sebagai S27, bolehkah saya
membuat permohonan pinjaman perumahan.
Jawapan: Tidak boleh dipertimbangkan sehingga disahkan dalam jawatan S27.
Soalan: Bolehkah
saya membeli tanah yang mana diatasnya ada rumah separuh kekal.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan: Saya
akan berkahwin dan akan mendaftarkan perkahwinan, bolehkah saya membuat
pinjaman bersama dengan bakal isteri.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan: Bapa
saya seorang pesara yang masih membuat potongan pencen bulanan sehingga Mei
2010 ke atas pinjaman perumahan yang dibeli melalui LPPSA. Bolehkah saya
seorang penjawat awam membeli harta tersebut untuk meringankan beban bapa saya.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan: Bapa
saya membeli sebuah rumah melalui pinjaman bank, memandangkan rumah tersebut
berhampiran dengan tempat kerja saya serta berdekatan dengan keluarga. Bolehkah
saya membeli rumah tersebut melalui pinjaman dengan LPPSA.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan: Saya
dan isteri adalah kakitangan kerajaan yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan
dalam sedikit masa lagi tetapi disebabkan ada pinjaman perumahan maka bolehkah
saya menjual kepada anak perempuan tunggal saya yang sedang berkhidmat dengan
kerajaan untuk beliau memiliki harta saya dan isteri sepenuhnya.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Soalan:
Berapakah
tempoh bayaran balik pinjaman membeli tanah?
Jawapan: 30 tahun bagi pinjaman pertama dan 25 tahun bagi pinjaman kedua.
Soalan:
Saya
telah diluluskan pinjaman membeli tanah dengan tujuan membina rumah pada 28 April
2007 selama 12 tahun. Bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh bayaran
balik daripada 12 tahun kepada 30 tahun.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan:
Sekiranya
saya membuat pinjaman membeli tanah selama 30 tahun dan selepas 5 tahun saya
membuat pinjaman untuk membina rumah atas tanah tersebut. Berapakah tempoh
maksima pinjaman saya yang akan diluluskan.
Jawapan: 25 Tahun.
Soalan:
Saya
berhasrat untuk membeli 1 lot tanah bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun. Dalam
tempoh tersebut saya ingin mendirikan rumah di atas lot tersebut.
a) Adakah saya layak memohon melanjutkan
tempoh bayaran balik ke atas tanah tersebut selama 30 tahun.
b) Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman
rumah saya.
Jawapan: a) Tidak layak
b) Tempoh bayaran balik rumah adalah
berdasarkan baki tempoh pinjaman tanah (30 tahun ditolak tempoh pinjaman tanah
yang telah digunakan).
Soalan: Bagi
pembelian Hartanah Lelongan LPPSA, syarat menyatakan harta tersebut mesti
mempunyai hakmilik individu/strata dan rumah atau petak kediaman telah siap
100%. Apakah dokumen-dokumen tambahan yang perlu dikemukakan untuk permohonan
tersebut dan berapa lama dokumen yang lengkap perlu dikemukakan kepada LPPSA.
Jawapan: Dokumen yang diperlukan adalah:
a) Kontrak jualan daripada mahkamah/pejabat
tanah atau surat pengesahan daripada pentadbir tanah yang mengesahkan pemohon
berjaya dalam lelongan.
b) Dalam tempoh 14 hari selepas lelongan
berjaya.
Soalan: Saya
telah berjaya dalam lelongan rumah pinjaman LPPSA. Apakah jenis pinjaman dan
dokumen yang perlu saya kemukakan.
Jawapan: Tuan boleh dipertimbangkan Pinjaman Jenis I. Sila rujuk di laman
web rasmi LPPSA
Soalan:
Saya
bercadang membeli sebuah rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
a) Bolehkah saya memohon untuk membuat
kerja-kerja tambahan.
b) Berapakah jumlah pinjaman yang saya layak
untuk kerja-kerja tambahan tersebut.
Jawapan: a) Boleh, sekiranya
dalam Kumpulan Sokongan II dengan syarat Perjanjian Jualbeli rumah kos rendah
dan Perjanjian Kontrak untuk kerja tambahan dikemukakan serentak bersama dengan
Borang Permohonan Pinjaman. Kerja Tambahan perlu dibuat serentak dengan
pembinaan rumah.
b) Amaun pinjaman untuk kerja tambahan yang
dibenarkan tidak melebihi RM 20,000.00.
Soalan: Saya
telah diluluskan pembelian rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
Bolehkah saya memohon pinjaman untuk kerja-kerja tambahan.
Jawapan: Tidak boleh.
Soalan: Tempoh
bersara wajib saya masih berbaki 5 tahun, tetapi permohonan untuk bersara
pilihan telah diluluskan. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman jika
permohonan dikemukakan 10 bulan sebelum bersara pilihan.
Jawapan: Tidak layak.
Soalan: Berapa
lamakah tempoh yang diperlukan bagi saya mengemukakan borang permohonan
pinjaman sebelum bersara.
Jawapan: 1 tahun sebelum tarikh bersara bagi yang memilih skim pencen dan
5 tahun bagi yang memilih skim KWSP.
Soalan:
Jika
ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih
dicampur dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan
jika ditolak pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih
panjang iaitu lebih kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman
berdasarkan kelayakan gaji semasa saya.
Jawapan: Kelayakan maksimum adalah berdasarkan gaji pokok/gaji hakiki.
Kelulusan pinjaman akan mengambil kira baki gaji bersih berdasarkan slip gaji.
Soalan: Saya
adalah kakitangan kerajaan dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Saya memilih
skim pencen. Semasa saya hendak membuat pinjaman perumahan saya dapati jumlah
keseluruhan potongan termasuk caruman KWSP dan bayaran balik pinjaman rumah adalah
melebihi 64%. Sekiranya potongan EPF diberhentikan, jumlah keseluruhan termasuk
bayaran rumah yang akan dipotong adalah 52%. Adakah saya layak untuk membuat
pinjaman perumahan dimana caruman KWSP masih berjalan.
Jawapan: Potongan bayaran balik pinjaman perumahan 60% adalah berdasarkan
gaji hakiki semasa tanpa mengambil kira potongan lain. Walaubagaimanapun baki
gaji bersih boleh menampung bayaran balik pinjaman.
Soalan: Jika
saya seorang sahaja yang ingin membeli sebuah rumah tetapi di dalam perjanjian
jual beli dimasukkan nama isteri untuk jaminan dan kemudahan pinjaman beliau di
masa akan datang. Bolehkan saya membuat Skim Pinjaman Secara Islam.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan.
Soalan: Isteri
saya bekerja dengan swasta dan secara bersama membeli sebuah rumah dalam
Pembinaan. Isteri saya membuat pinjaman bank Secara Konvensional. Bolehkan saya
memohon pinjaman perbendaharaan mengikut Skim Secara Islam.
Jawapan: Boleh dipertimbangkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
0 Ulasan