APA ITU T20 M40 DAN B40


T20,M40 DAN B40 YANG ANDA PERLU TAHU

Baru baru ni selalu kita dengar menteri sebut B40 kat mana mana. Merujuk masalah ekonomi sahaja atau apa apa bantuan yang disebutnya B40. Sebenarnya apa itu B40?. Baik aku nak tulis pasal tu hari ini.

Di Malaysia sebenarnya bukan sahaja ada B40 tapi ada M40 dan T20 jugak. Pembahagian ni dibuat berdasarkan kepada 3 kategori pendapatan yang dirujuk sebagai T20, M40 dan B40.

Ok golongan paling atas atau paling berpendapatan tinggi dirujuk sebagai T20  atau  disebut juga Top 20 iaitu 20 peratus masyarakat berpendapatan tinggi yang ada di Malaysia.
Pendapatan mereka menurut Jabatan Statistik bermula dari  RM8319.00  gaji seisi rumah dan ke atas.


Manakala M40(middle 40%) 40 peratus kumpulan pendapatan sederhana dengan purata pendapatan bulanan seisi rumah adalah bermula dari RM3860.00 sehingga RM 8319.00.


 B40 pula (buttom 40%) ialah 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah. Bagi kumpulan B40 ni purata pendapatan mereka seisi rumah ada dalam lingkungan RM3860 dan ke bawah.

Dalam kumpulan B40 terangkum golongan miskin yang berpendapatan RM950.00 ke bawah iaitu kadar garis kemiskinan peringkat nasional

Setiap beberapa tahun aras pendapatan bagi kumpulan pendapatan ini meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi negara.



b40-m40-t20

PEMBAHAGIAN 3 KATEGORI PENDAPATAN 

Setiap kumpulan mempunyai purata pendapatan isirumah tertentu.




.

 KLIK DI SINI




Catat Ulasan

0 Ulasan