Mari tengok kadar tarif elektrik yang baru: Sapa yang kena?



Tarif elektrik tak naik. Kalau setakat guna elektrik sebelum ni RM100.20 dan ke bawah jangan risau lah pasal bil tu tak naik. Kecuali sebelum naik tarif elektrik ni guna letrik lebih pada harga di atas tu.

Cuba cuba lah berjimat.

Banyak cara nak jimatkan elektrik. Antaranya kalau nak saterika baju tu, buatlah seminggu sekali. Buat sekali banyak. Banyak lagi. Termasuk la, sebelum tidur tutup suiz yang tak di gunakan. Lampu pun guna satu je cukup lah.

Sebenarnya ada juga kebaikan bila harga tarif elektrik ni naik. Sekurangnya ada lah terfikir nak berjimat walaupun niat dan tindakan tu hangat hangat tahi ayam je.

Lama lama dah terlupa dan tak buat. Sebab tu jangan lah fikir pasal bil naik nak berjimat.

Cuba lah berjimat nak dapat pahala. Kerana membazir pun satu amalan syaitan. Jadikan budaya hidup berjimat pada yang sepatutnya.

Berjimat keterlaluan pun nanti boleh bertukar kepada tamak dan menyusahkan. Contohnya nak berjimat , beli lampin pakai timbang.Lepas tu anak pulak tak sesuai dengan lampin tu...

Oklah, aku nasihat kepada diri sendiri jugak ni. Nanti lebih lebih ,takut cakap tak serupa dengan perbuatan.

Berbalik kepada tarif elektrik tu, walaupun tarif naik tak melibatkan pengguna biasa secara keseluruhan (75 peratus pengguna), tapi kenaikan kepada sektor industri akan mengakibatkan kenaikan harga barang.

Menurut pakar ekonomi, kenaikan ini akan menjejaskan kos pembuatan barang makanan. Sektor makanan merupakan pengguna yang paling banyak menggunakan elektrik. Mereka memindahkan kenaikan kos ini semula kepada pengguna.

Jadi, lihatlah nanti sapa yang kena?. Pengguna biasa atau Orang industri?

Catat Ulasan

1 Ulasan

pizli.mw berkata…
Pengguna.. Hehehe..