Anak kau cikgu sekolah rendah je ke?

"Oh yus mengajar sekolah rendah!.  Hmm,  si Ana  mengajar sekolah menengah"

Itulah dialog makcik sebelah rumah aku dengan mak aku  2 tahun yang lepas. Seolah olah nak mengecilkan aku. Kononnya anak dia lagi terer dan hebat. Aku tak kisah pun sebenarnya hal ni, tapi apabila mak aku pun tak faham aku terpaksa menerangkanlah.

Aku kesian kat anak dia tu. Mak dia je yang lebih lebih. Mak dia tu ingat cikgu sekolah rendah ni cokia sangat ke?. Anak Hamsiah ni ada degree la!. Gomen bagi gaji degree kat aku. Apa hal. Sama je gaji anak kau dengan anak Hamsiah ni.

Tolonglah manusia manusia di luar sana. Tolong jangan memperkecilkan sesiapa. Hatta kepada makcik cleaner sekalipun. Setiap kita ni ada rezeki masing masing.

Disisi Allah hanya orang yang beramal dan beriman kepadanya. Satu lagi, ada orang suka memperlekehkan orang yang tak belajar tinggi. Seolah olah mereka tu jahil sangat.

Sedangkan ramai yang pandai pandai. Kadang kadang ada yang lagi hebat dari mereka yang ada ijazah dan master tu. Cuma mereka ni dulu malas nak sekolah atau pun keluarga susah. Tak ada duit nak bagi anak belajar tinggi.

Catat Ulasan

6 Ulasan

kakibiskut berkata…
betul2..baik sangka pada semua orang..
anyss berkata…
Salam,
Manusia memang begitu, selalu anggap diri lebih berbanding orang lain, lalu canang merata alam. Sedangkan hakikatnya...tak semua orang suka canang mencanang begitu.

Sabar ajelah dengan orang sebelah tu, depa tak tahu. Zaman dah berubah, depa ingat cikgu sekolah rendah tu cikgu maktab hu hu hu

benda-benda begini saya dah alaminya lama dahulu. Lagi sadis bila orang yang pernah rendahkan kita dulu tu lah yang akhirnya datang nak merisik dan meminang. Pelik tak cerita dunia?



Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia
pizli.mw berkata…
AKu setuju 100%.. Especially 2 ayat last tu..
YUSRI berkata…
alifzikri: betul kna bersangka baik dan tak melekehkan org..

annys: dah tak pelik dah,,,itu dah jadi realiti..

pizli:hahaha..
YUSRI berkata…
alifzikri: betul kna bersangka baik dan tak melekehkan org..

annys: dah tak pelik dah,,,itu dah jadi realiti..

pizli:hahaha..
normaidayu zainal berkata…
abg yus!!hehe...dah lame cik xbukak bl0g abg yus ni....maaflaa...sbb skrg ni musim exam,kene study...
jagn diherankan ape yg org kate abg yus kan...yg pntg kite tau kemampuan diri kite kat tahp mane...insyaAllah,Allah ade bersama kita...