Travelog di Pedalaman Sarawak: Coverage Telefon


BELI TIKET SECARA ONLINE

Ada satu kenangan semasa aku duduk di Sarawak dulu yang aku teringat hari ini. Masa tu aku beli tiket Air Asia secara online guna internet sekolah. Internet sekolah aku ni guna parabola kalau tak salah namanya schoolnet memandangkan di kawasan pedalaman tiada talian telefon.

Memandangkan internet tak baik capaiannya menyebabkan berlaku error dalam proses beli tiket Airasia online tu. Aku telefon la Airasia.  Operator Airasia ni dengar la masalah aku ni.

Dia kata kat aku  "encik tak berapa clear sangat la suara encik" boleh cakap clear sikit tak?" . Aku punya la bengang dia kata kat aku macam tu, aku cakap kat dia semula    " Encik, this is the best coverage i have! saya di pedalaman ni!....kawan aku cikgu Sutiman dengar aku cakap english macam macam tu terus ketawa  terbahak bahak.sampai jadi bahan. 
speed boat tu lah pengangkutan utama aku dulu nak keluar ke bandar
KISAH NAK BELI KERETA

Ada satu lagi kisah, kali ni tentang beli kereta. Aku mintak kakak ipar aku tolong carikan kereta Persona nak beli untuk memudahkan jika balik kampung di semenanjung.

Semasa dalam proses pembelian kereta itu agen kereta tu menghubungi aku. Dia minta dokumen dokumen berkaitan seperti salinan IC dengan slip gaji.

"boleh tak encik fax  dengan segera?.

Aku pun dengan pantas menjawab

'kak, nak fax pakai apa? , tiang telefon pun tak ada kat sini, line handphone pun pakai antenna. Nanti jumaat ni saya keluar bandar saya fax..Saya sekarang kat pedalaman.. Aku jawab dengan bangganya. 

Menaiki Feri dari Daro Ke Pulau 



Catat Ulasan

4 Ulasan

pizli.mw berkata…
Hahahahaha.. Tapi pengalaman tu beb..
normaidayu zainal berkata…
pengalaman yg best...teringin nk g sarawak..cik ingt nnti nk keje kt sabah&sarawak ...bole x agak2?
rasenye mak bg ke?hehe....
kt sni pon kire ok laa...
Kak Nik Ja berkata…
ni mesti tak kawin lagik nih sebb tuh kena posting kat sarawak..hihi..enjoy the serenity!! kang sampai KL, cukup berserabut!
yusri berkata…
pizli: haah macam tu la
ayu: boleh tak ada hal
mokwoknik: sekarang dah kawin