Domain dan Hosting murah

Kalau betul betul serius nak berblog memang sesuai la pakai domain dan hosting sendiri. Kalau tak serius dan sesaja suka suka boleh juga. Kalau banyak duit lebih dan saja seronok seronok. Lagipun bila kita dah ada domain dan hosting sendiri banyak perkara yang perlu kita belajar.

Siapa yang tak sesuai pakai domain dan hosting?

1. Malas nak serabut serabut termasuk jika berlaku problem semasa memakai hosting tu nanti.Maklumla banyak perkara perlu di fahami. 
2. Malas nak guna duit untuk perkara lagha mcam pakai domain hahaha
3. Malas nak belajar guna cpanel, FTP dan nak upload pelbagai plugin untuk mencantikkan blog.Kalau free hosting macam blogspot dan seangkatan dengnnya, anda tak perlu semua tu.

Jika anda bukan orang seperti di atas, maka terpulanglah nak pakai domain dan hosting sendiri. Aku pakai domain dan hosting ni kerana nak belajar sesuatu perkara yang baru. Lagipun menambah ilmu  tak rugi. Kemudian kalau aku buka internet ada la perkara yang boleh aku cari. Kalau tak bosan je. Tak tau nak buka apa. 

Ok la tak nak panjangkan cerita, aku nak kongsikan satu tapak web yang jual domain dan hosting yang murah saja. Nama dia NETKL. Aku pakai untuk web aku  http://duniacikgu.com.  Kalau nak belajar pasang hosting dan domain ni mudah je. Google je. Bersepah teknik dan cara  nak buat.

Ok, kelebihan NETKL ni sejak aku pakai memang bagus dari segi servisnya. Masa aku beli tak sampai beberapa minit dah dapat cpanel aku tu. Kemudian, jika ada masaalah diorang ni cepat reply jika kita mengadu. Cuma submit ticket aduan tu je. Kemudian tak sampai seminit diorang hantar reply. Memang bagus perkhidmatan NETKL ni. 


Catat Ulasan

0 Ulasan