Asas SEO untuk blogger baru

Asas SEO untuk blogger baru.

Gila...bukan ada ramai pembaca blog aku ni. Tapi aku sangat ketagih nak menulis.Dan adakalanya aku sangat teruja pasal SEO. Nak tengok entri entri umum aku berada di page google atau tidak.Samada di page utama atau tak.

Ada juga 2,3 entri yang keywordnya berada di page utama. Kebanyakkannya aku tewas dalam dunia SEO ni. Ini kerana banyak lagi asas SEO aku masih belum mahir. Biasalah blogger baru banyak yang perlu di pelajari tentang asas SEO  aras SEO aras tinggi..Hehe

Harap harap template baru ni tak banyak invalid html. Kalau banyak sangat Invalidnya boleh menjejaskan juga SEO blog. Aku belum check lagi. Nanti aku akan tengok.







Dalam dunia blog ni ada beberapa perkara perlu diutamakan. Terutamanya untuk blog yang mengejar trafik dan lebih kepada marketing. Kemahiran mengenai SEO sangat penting.

Kalau untuk blog personal macam aku ni, tak ada la penting sangat SEO ni. Untuk blogger (blogspot) yang baru berjinak jinak dengan SEO seperti aku ini ada beberapa perkara perlu anda buat:

1. Pastikan blog anda sudah di daftarkan di google analytics dan pasang kod tersebut di dalam bahagian editor html.
2. Daftarkan blog di webmaster tools google. Ada arahan yang perlu anda lakukan seperti verify blog anda dan submit sitemap. Sitemap ini penting untuk google senang menjejak posting blog anda.

3. Pasang SEO Doctor. Ini untuk memudahkan anda mengetahui apa masaalah pada blog samada  mematuhi peraturan SEO atau tidak. 

Itulah asas SEO untuk blogger baru yang perlu anda buat dengan segera.

Catat Ulasan

3 Ulasan

pizli.mw berkata…
Aku takde register dkt google analytics tu tapi aku page aku ramai jugak orang sampai sebab google.
Tanpa Nama berkata…
dulu pun aku tak ada daftar benda ni..tapi ada juga page aku kat muka depan..masih mencari rahsia benda ni..
yusri berkata…
mungkin sebab hang punya blog dah lama. Itu pun salah satu kekuatan dalam SEO. Google akan melihat dari banyak aspek..termasuklah blog yang estabalish dan banyak backlink dari blog lain..