Resepi Asam Pedas Ikan Kembung



Lama tak pekena asam pedas. Malam tadi aku masak asam pedas ikan kembung. Asalnya nak masak asam pedas ikan pari tapi ikan pari dah habis kat kedai kat bawah rumah aku ni.

Asam pedas ikan kembung yang aku masak ini senang je buatnya. Asam pedas ini berbeza dengan asam pedas yang orang kelantan buat. Orang kelantan punya asam pedas warna kuning.

Sebelah barat semenanjung terkenal dengan asam pedas warna merah menyala. Aku tak ada resepi asam pedas ikan kembung yang spesifik anggaran berapa kiraan bawang,serai dll tu . Bagi aku janji bahan bahan ni betul. Itu sebabnya aku tak boleh jadi chef.

Bahan Bahan
1. Ikan Kembung
2. Asam jawa
3. Belacan
4. Cili Kering
5. Daun Kesum
6. Bunga ketum kantan
7. bawang merah/bawang putih
8.Cili padi
9. kunyit hidup
10. lada hitam.
11.Serai 2 batang pun cukup.



Cara buat.

1.Tumbuk bahan bahan bawang merah,bawang putih. . Anggaran 2-3 ulas sahaja bersama kunyit hidup dan beberapa tangkai cili padi. Kemudian tumis.

2. Masukkan cili kering yang sudah di blender. Ikut kepada jumlah ikan dan kuah la. Kalau nak pekat kuahnya letak la banyak sikit cili ke dalam kuali tu. Tumis sehingga cili tadi betul betul masak.

3. Perahkan asam jawa. Masukkan ke dalam kuali.

4. Masukkan ikan kembung tadi.

5. Gula garam secukup rasa.

6. Titik serai dan masukkan ke dalam kuali bersama bunga kantan yang telah dihiris.

7.Masukkan daun kesum. Masukkan lada setengah sudu lada hitam untuk lebih rasa pedas.



Catat Ulasan

1 Ulasan

klee berkata…
pernah makan asam pedas kat restaurant London(Kelantan) kat bandar melaka. kalau style kelantan ni orang sebelah muar panggil asam rebus ..