Resepi Mentarang Sambal Cili Hijau

Kalau korang tak tahu apa itu mentarang, atau tak pernah mendengarnya sebelum ini, aku nak bagitahu mentarang ni adalah spesis makanan laut kerang kerangan. Ia bersepupu dengan kerang, remis, lala dan berjiran dan sehabitat dengan spesis akuatik laut yang lain. 

Mentarang habitatnya  di dalam lumpur pesisir pantai.

.Di sepanjang jalan dari Sekinchan ke Sungai Besar banyak gerai menjual mentarang di tepi jalan. Aku dengar , bahawa mentarang ini hanya ada di pesisiran pantai di Sekinchan sahaja.  Aku tidak pasti pula betul ke tidak.
                                        Ini ialah mentarang yang sudah dikopek kulitnya.
Sebelum dikopek isi mentarang tu  beginilah paras wajahnya. Kalau korang nak tahu, harga diorang jual di tepi jalan tu sekitar RM8 sekilo . Sama taraf harga dengan harga ikan kembung besar di Sekinchan tu.
Memang di sepanjang jalan tu, diorang bukan sahaja jual mentarang yang mentah, malah ada gerai makanan yang menghidangkan masakan mentarang yang pelbagai seperti mentarang bakar,goreng tepung dan sebagainya.

Baiklah , dah ambil isi mentarang kita masak lah ya. Apa masakan yang sedap ya?. Ok kita cuba resepi sambal cili padi lah.

Resepi Mentarang Sambal Cili Padi

Bawang putih  2 ulas,
Bawang merah 1 biji
20 biji cili padi
Sedikit halia
Garam Gula
Minyak untuk menumis

Langkah Langkah
Kisar semua bahan di atas.
Tumis dengan sedikit minyak sampai pecah minyak.
Masukkan gula dan garam
Masukan isi mentarang
Angkat dan sedia dihidang

Catat Ulasan

2 Ulasan

Salam cikgu.
Ada gak kawan bagi mantarang ni, tak perlu rebus dulu ke? Dia dah mati dia jadi busuk plak kat dalam peti sejuk.
yusri berkata…
yelah kena rebus dulu macam kerang juga..dah rebus simpan dalam peti ais