Ulangtahun Pertama Menulis di Blog

Alhamdulillah akhirnya pada 11 Jun 2011 blog ni sudah setahun berada di ruang maya. Walaupun sebelum tu saya sudah ada blog di blogger, tapi tak berupdate sangat seperti blog ini. Satu tempoh yang agak singkat. Dan tak sangka juga kerana fungsi blog ini di keluarkan hanya kerana mahukan interaksi dan chat dan juga ikhlasnya mahukan juga iklan nuffnang.

Yelah dulu saya  pakai wordpress tak boleh nak gunakan pun benda benda javascript ni.Tapi oleh kerana minat menulis dan berkongsi pendapat saya teruskan juga  blog blog termasuk di wordpress  tanpa apa apa kepentingan kewangan pun. (ada duit ambil, kalau tak ada pun tulis je kerana minat menulis itu lebih di atas berbanding duit iklan yang di perolehi). Oleh itu, percayalah, blog ini hanya perolehi Rm 2-3 sahaja setakat setahun ini. Tapi saya tak kisah pun.Itu hanya bonus peribadi. Kepuasan menulis dan catatan ini lebih berharga.

Jika ada info atau panduan dari blog ini yang memberi manfaat kepada pembaca di luar sana alhamdulillah. Moga info dan panduan  itu dapat di gunakan ke arah kebaikan. Jika sebaliknya , jika blog ini menyakiti hati sesiapa, saya pohon kemaafan. Saya hanya blogger. Dah la blogger, blogger tak ada pengalaman pulak tu.Ilmu pun tak seberapa.

Penggunaan aku dan saya memang bercampur campur di blog ini. Bagi yang membacanya, saya harap anda faham. Aku dan saya -bagi saya sama sahaja. Cuma penggunaanya ikut kepada mood saya menulis pada masa tersebut dan kesesuaian dengan bahan penulisan.

Penggunaan aku dalam konteks budaya setiap masyarakat melayu juga berbeza. Bagi kaum banjar seperti saya , aku adalah kata ganti diri pertama yang biasa di gunakan walaupun dengan ibubapa sekalipun.

Semoga blog ini dapat di teruskan sampai ke tua. Dan moga juga blogger.com  tak muflis dan google masih bertahan dengan blogger.com  ini.

Bagi yang membaca blog ini, sama ada pertama kali, atau beberapa kali, atau sentiasa berkomen dengan sepenuh hati (hahaha) , fahamilah blog ini hanya blog peribadi..ia tak terikat dengan mana mana pertubuhan atau badan sosial atau juga badan kerajaan atau kepentingan mana mana pihak. Ia hanya mewakili diri saya sebagai seorang individu di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Lagi satu , saya sebenarnya teringin  mahukan kebebasan  untuk mengkritik mana mana parti politik samada parti yang sedang menjadi kerajaan atau juga parti yang sedang menjadi pembangkang di Malaysia ini tanpa apa apa kepentingan. Saya ialah seorang pegawai kerajaan , saya bukanlah pegawai mana mana parti politik di Malaysia ini. Siapa yang menjadi kerajaan itulah majikan saya.


Catat Ulasan

0 Ulasan