Berkongsi itu fitrah hidup

Segala yang di miliki  oleh manusia di pinjamkan oleh Allah ke atas muka bumi ini. Semuanya kita kongsi bersama. Manusia berkongsi oksigen dan udara untuk bernafas , berkongsi bumi untuk didiami, berkongsi air untuk menjadi minuman. Segalanya kita kongsi sesama manusia.



Bila di rumah kita berkongsi kasih sayang antara ahli keluarga, berkongsi kebahagian,kesedihan malah kejayaan pun kita kongsikan bersama.. Ayah berkongsi apa yang di perolehi dari gajinya kepada isteri dan anak anak, begitu juga isteri berkongsi pendapatan dengan si suami  untuk meneruskan kehidupan.

Begitu juga semasa kita bekerja. Di organisasi, kita berkongsi kerja bersesuaian dengan kebolehan kita. Pemilik syarikat berkongsi kerjanya untuk di bantu oleh orang bawahannya.

Orang bawahan berkongsi kerja dengan rakan sejawat untuk menyiapkan kerja yang terbaik. Begitu juga dengan kejayaan organisasi sepatutnya kita kongsikan bersama seluruh ahli organisasi. 

Dalam kehidupan bernegara pula kita berkongsi keamanan, berkongsi keselamatan , berkongsi keadilan sesama rakyat. 

Apakah akan berlaku sekiranya sesuatu yang patut kita kongsikan itu tidak di kongsi dengan sebaik mengikut fitrah?.Negara akan di ragut oleh kebencian. Hidup di negara yang dulu aman kini tidak lagi tenang.

Rakyat benci dengan pemerintah dan pemerintah akan selalu di tekan oleh rakyat. Rakyat yang lain membenci rakyat yang lain kerana meragut keamanan mereka. Negara tidak bersatu dan rakyat benci sesama mereka. 

Di rumah, jika fitrahnya untuk di kongsi tidak di buat sebaiknya, maka suami dan isteri akan bergaduh. Anak anak tidak lagi tenteram tinggal di rumah. Maka masalah sosial akan membejat dalam masyarakat. 

Di dalam organisasi, jika kejayaan yang sepatutnya di kongsi hanya di miliki sesetengah pihak maka ada pihak lain akan cemburu. Mereka akan rasa terpinggir dan mungkin menjadi duri dalam daging kepada organisasi itu sendiri. 

Catat Ulasan

3 Ulasan

My berkata…
Perkongsian boleh membuatkan seseorang kaya dgn ilmu n pahala..
Lizz berkata…
perkongsian yang betul boleh bawa pada banyak kesan2 positif tapi kalau sebaliknya, kucar kacir. tapi, kita as manusia yang bertamadun. mesti boleh fikir mana yang elok dan mana yang tidak.

kita da otak, gunakan saja ;)
insan marhaen berkata…
Itulah konsep zakat yang perlu difahami. Sebahagian dari penggajian kita setiap musim ada hak untuk yang miskin dan memerlukan...