Senario terkini Plaza Lowyat KL

Semalam aku ke Lowyat untuk membaiki kotak ink printer yang rosak. Terakhir kali sampai ke Lowyat pada 2008. Kiranya dah 3 tahun tak ke sini. Yelah bukan ada tujuan apa pun untuk aku ke sini.

Rupanya senario Lowyat dah berubah. Tempat masih sama. Tiada perubahan fizikal. Apa yang berubah ialah booth yang menjual laptop sudah tak semeriah semasa 2008 dahulu. Kini booth banyak menjual kamera DSLR dan tablet samada IPAD, Samsung Galaxy malah sudah ada tablet jenama lain seperti Acer.

Jadi dari perubahan booth ini, kita boleh agak apa perkembangan gajet anak muda zaman sekarang. Mereka sudah ramai meminati kamera DSLR berbanding 2008 dahulu yang lebih banyak di monopoli oleh kamera digital. Jika ada kedai menjual kamera DSLR boleh di kira. Sekarang di setiap aras memang banyak booth menjual kamera tersebut.

Apa agaknya senario 2-3 tahun akan datang ye?.

Catat Ulasan

1 Ulasan

norinaomar berkata…
yup..exactly true!
technology is growing very fast.kita sendiri tak mampu nak mengejarnya.at the same time,kita tak boleh dianggap kolot jika tak memilikinya,cukuplah sekadar kita ambil tahu.

p/s:Jalan TAR pun berubah jugak tau..kedai yang dulu jual bunga plastik tapi sekarang menjual tudung instant.