P1 wimax boleh di guna di Ukay Perdana

Maxis broadband di Ukay Perdana  ni sangat teruk . Kadang kadang tak ada line langsung. Satu hari tu aku kebetulan ke carefour dan cuba la masuk ke kedai P1 Wimax sebab teruja pasal  wimax bagi tawaran dua modem pada 1 harga. So sangat menarik bagi aku dan jumlah data yang di beri juga sangat berbaloi dengan harganya.
modem besar yang gunakan vdn cable

Kita boleh guna kedua dua modem pada masa yang sama. Contohnya aku bawa modem kecil ke sekolah, pada masa sama wife kat rumah juga sedang guna internet guna modem besar tu. Sebenarnya kedua dua modem mempunyai data berasingan. Modem besar tu ada 5GB manakala modem kecil pula ada 3GB (5GB+3GB) Kebetulan harga pada masa promosi ni sekadar RM 66 sahaja selama tempoh 3 bulan.Lepas habis 3 bulan harganya RM 88 tapi masih murah berbanding data 7.5gb yang di sediakan maxis dan celcom pada harga RM98
modem kecil yang gunakan usb cable

Pada masa aku beli wimax ni , aku ada bertanya, jika aku tidak puas hati adakah aku boleh pulangkan balik?. Menurut tauke kedai tu, ada jaminan 1 minggu sahaja untuk pulangkan semula jika tidak berpuas hati dengan kualiti talian. Pada aku oklah untuk buat percubaan, hasilnya setakat ini sangat memuaskan hati, walaupun pada asalnya aku teringin nak guna unifi.

Aku lebih perlukan broadband untuk di bawa ke sekolah kerana tuntutan kerja(kat sekolah internet slow). Kalau unifi ada menyediakan modem broadband alangkah berbaloinya kerana aku lebih berminat dengan unifi tapi ia tidak boleh di bawa ke mana mana. Itu sahaja masalahnya. 

Jadinya kalau ada orang Ukay Perdana terbaca ni aku cuma nak bagitahu wimax boleh dapat jugak di kawasan sini.

Catat Ulasan

0 Ulasan