Apabila harta dibahagi samarata sesama manusia

Aku dengar satu cerita daripada seorang DJ Radio stesen Selangor FM. Bagi aku cerita yang di sampaikannya sangat menarik. Cuma aku tak ingat keseluruhan cerita tersebut. Kisahnya lebih kurang beginilah:

Bayangkan konon kononnya semua harta yang ada di dalam dunia ini di bahagi secara samarata untuk men gatasi kemiskinan. Maknanya tak ada yang lebih dan kurang daripada orang lain. Apabila harta harta ini selesai di bahagi bahagikan secara samarata maka ramai orang beranggapan bahawa masalah kemiskinan telah selesai kerana tidak ada lagi orang miskin kerana harta yang ada di muka bumi ini telah dapat juga dimiliki oleh orang yang dahulunya miskin.

Namun beberapa tahun kemudian, lebih daripada separuh orang yang pada asalnya miskin tadi kembali miskin dan orang yang asalnya kaya berharta kembali menjadi kaya semula.

Mengapakah apabila harta telah yang telah diberi kepada orang miskin tadi tidak dapat menyelesaikan masalah kemiskinan mereka dahulu sebaliknya mereka kembali miskin semula?

Mengapakah orang  kaya yang hartanya telah dibahagi bahagikan kepada orang miskin ramai  sebelum ini kembali kaya?

Jawapannya ialah:

1. Orang miskin menggunakan harta tersebut sampai habis untuk keseronokan dan  membalas masa silam mereka yang miskin kerana kurang ilmu pengetahuan menguruskan harta.

2. Orang kaya tadi menggunakan harta tadi untuk menambahkan harta yang ada. Mereka pandai mengurus perbelanjaan dan mencari kekayaan baru. Jadi harta mereka bertambah berbanding orang miskin yang kembali miskin.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Chienta Hatiku berkata…
nice entry... suka plak bila baca :)