Kisah masuk Televisyen

Baru baru ini kampung Pak Mertua masuk TV. Maka kecohlah satu keluarga mertua dari isteri hingga adik beradik semasa rancangan tu berlangsung.

"Kak Long, tengok TV3 sekarang, kampung kita masuk TV" satu mesej pesanan ringkas dihantar oleh isteri aku kepada kak long,

 Kemudian isteri aku menghantar mesej ke adik beradik lain supaya tengok rancangan tu. Aman adik ipar aku yang bungsu cuba meneka neka rumah dan kedai yang menjadi tempat penggambaran drama tu.

Anak murid aku juga pernah menjadi pelakon drama. Semasa drama itu ke udara, cikgu cikgu yang kebetulan  menonton rancangan TV tu pun sibuklah menghantar mesej ke cikgu cikgu lain memaklumkan rancangan tu.

Apa yang aku nak ceritakan ialah, betapa masyarakat kita menunjukkan kekaguman dan keterujaan yang amat sangat apabila orang yang di kenali atau tempat tinggal mereka masuk dalam rancangan televisyen.


Catat Ulasan

1 Ulasan