Keperluan Takaful untuk Keluarga



Aku baru sahaja ambil skim perlindungan insuran dan kad kesihatan untuk keluarga. Ada beberapa sebab menjadi punca kenapa aku ambik.

Amani masuk wad selama seminggu di HKL. Keadaan wad kerajaan yang agak sibuk dan sesak menyebabkan aku rasa tak selesa. Aku nak tidur pun tak boleh.

Kemudian kejadian sedih yang menimpa kawan sekolah aku bulan lepas. Beliau kehilangan suami yang meninggal dunia semasa mendaki Gunung Tahan.

Keadaan ketika itu beliau ada 3 orang anak yang masih kecil termasuk yang seorang yang sedang berada dalam kandungan.

Mujurlah suaminya ada perlindungan insuran.  Walaupun sudah tentu tak dapat mengganti nyawa bapanya tetapi dapat juga membantu sekiranya berlaku perkara yang tidak kita ingini. 

Kalau kita tak ada apa apa untuk menjamin anak anak dan isteri semasa kita telah tiada cuba kau bayangkan kasihannya mereka nanti.


Ada beberapa Kelebihan Insuran


Pelaburan untuk Pendidikan 

Aku juga dapat tahu sebenarnya insuran dan takaful juga berfungsi  untuk membiayai pendidikan anak anak. Pada masa hadapan sudah tentu kos untuk pendidikan akan semakin meningkat.

Anak anak perlukan dana untuk belajar. Memanglah kita ada dana PTPTN tapi sebenarnya ia masih tak cukup apatah lagi dana ini hanyalah satu bentuk hutang yang perlu dibayar semula.

Tamat belajar, belumpun anak kita memperolehi pekerjaan mereka terpaksa pula menanggung beban hutang PTPTN. Kalau boleh kita siapkan mereka dana yang cukup supaya mereka tidak dibebani hutang nanti.

Pelaburan Hari Tua

Ada juga skim insuran yang berperanan sebagai satu bentuk pelaburan masa tua.

Apabila sudah tamat tempoh matang, kita dapat mengeluarkan wang kita yang telah digandakan bergantung kepada jumlah peratus yang diberi kepada kita mengikut terma dan syarat perlindungan insuran tersebut.

Itulah sebabnya aku bersungguh sungguh masuk skim insuran ni. Walaupun banyak juga terpaksa dibayar tiap tiap bulan, tapi apabila memikirkan ia adalah satu jaminan aku bertekad je lah... 
Insuran untuk pendidikan 





Catat Ulasan

0 Ulasan