Pengalaman dan review ikhlas saya tentang unifi VIP5




Maklumat Ringkas Unifi  
1. Sebelum berkeinginan melanggan Unifi perlu rasanya kita mengkaji terlebih dahulu keperluan penggunaan internet kita.Bagi ahli keluarga yang ramai sudah tentu langganan unifi di rumah berbaloi kerana boleh berkongsi capaian internet dengan ahli keluarga maklumla sekarang ni semua orang menggunakan telefon pintar.

2. Unifi mempunyai saluran tv yang disebut Hypptv dan telefon rumah. Hypp TV ni salurannya tidak lah sebanyak saluran astro.

Saluran yang di dapati hanyalah saluran saluran percuma dan ada saluran tambahan premium yang boleh dilanggan dengan bayaran tambahan. Setakat ini memang saya tidak mengunakan talian tetap itu.panggilan ke talian tetap yang lain adalah percuma manakala ke talian lain dikenakan sebanyak RM 0.20 seminit.

3.Bagusnya  saluran Hypptv ini oleh kerana menggunakan sepenuhnya talian internet maka tidak berlakulah masalah siaran TV terganggu semasa hujan seperti saluran tertentu.

4. Setiap pengguna Unifi dan streamyx akan dapat satu id TM Wifi. TM Wifi ni adalah perkhidmatan wireless secara percuma yang biasanya terdapat di tempat tempat tertentu seperti di kompleks membeli belah. Boleh lihat di sini Wilayah TM Wifi.

Itulah serba sedikit pengalaman saya semasa menggunakan talian Unifi VIP 5.

Kemaskini November 2015
Baca juga uji lari Unifi Advance 30mbps .


Catat Ulasan

0 Ulasan