Kueytoew Kungfu sedap di Ipoh

Semasa Yana mengidam anak sulung kami iaitu Darwisy dia banyak mengidam nak makan. Kisah mengidam yang paling aku ingat adalah kenangan ke Ipoh dari Kuala Lumpur semata mata nak makan Kueyteow Kungfu yang dikatanya sedap dan biasa makan semasa belajar di kolej jururawat dulu. 

Ipoh menggamit kedatangan kami untuk makan Kueyteow Kungfu 

Setelah 2 jam lebih memandu akhirnya aku sampai juga ke destinasi yang dituju. Restoran ini terletak di bahagian belakang Kolej Jururawat Ipoh. 





Nama kedai seperti yang tertera di dalam gambar. Restoran Dee Jay Arr. Restoran ni berada di lot paling tepi. 




Setelah menunggu dalam beberapa minit akhirnya pesanan pun tiba. Pada mulanya hanya 1 pinggan sahaja Yana pesan sebab aku tak teringin pun nak makan. Kemudian selepas aku merasa beberapa suap aku pulak tambah 1 pinggan lagi. 


Tengok sekarang ni orang yang tak mengidam pulak yang terover over kan?. Sebabnya memang sedap la masakan dia masak ni. Pesanan Yana dan aku sama je rasanya. Memang pandai la tukang masaknya mengawal rasa masakan. 

Nak rasa ke?....datanglah berkunjung ke sini. Layanan baik. Harga pun berpatutan. 


Catat Ulasan

0 Ulasan