Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah (1 Ekor Ayam)

Dengan izin Allah hujung tahun yang lepas saya telah mencari cari resepi di internet cara untuk memasak ayam masak merah. Setelah membuat beberapa kali saya temui resepi saya sendiri yang sesuai pada tekak saya. 

Yana ada membawa resepi ini ke tempat kerjanya dan beberapa orang kawannya memuji keenakan ayam masak merah yang saya buat.

Baru baru ini kawan Yana yang mengandung mengidam untuk makan ayam masak merah yang saya buat. Pada masa itu saya rasa agak kembang hidung juga lah kerana saya ini bukanlah tukang masak yang profesional hanya tukang masak belasah belasah je. Tanpa berlengah lagi jom kita lihat resepi ayam masak merah yang saya ubahsuai sedikit dari resepi dari internet.

Bahan Bahan 
1 ekor ayam
2 Kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
2 sudu besar sos cili
250 gram santan pekat (ambil separuh sahaja)
250ml air (agak agak sederhana pekat dan tidak terlalu cair)
1/2 ketul gula melaka

Bahan dikisar halus  

20 tangkai cili kering

10 biji bawang merah ros
5 ulas bawang putih
2cm halia


Bahan hiris

3 Biji bawang Besar
5 Ulas bawang putih
2 cm Halia

Langkah dan  Cara Memasak 

Tumis 2 Kuntum bunga lawang 1 batang kayu manis  terlebih dahulu kemudian;
Tumis bahan kisar (bawang merah ros,bawang putih dan halia)
Tumis cili yang dikisar sehingga masak (ambil masa lama lagi bagus sehingga cili betul kelihatan merah pekat) Masukkan gula melaka semasa mula mula menumis cili.
Masukkan ayam yang telah dipotong (potong 10 atau 12 bahagian)
Apabila ayam telah masak masukkan santan
Letakkan perasa garam (dan gula jika perlu kerana tadi kita dah masukkan gula melaka yang dah agak manis)
ajinamoto sedikit
Taburkan bahan hiris
Angkat masakan



Catat Ulasan

0 Ulasan