Enaknya durian Batu Kurau


                                                                   



Walaupun sudah seminggu berlalu namun 'mood raya, masih tetap ada.  Kebetulan pula kali ini adalah hari raya kali pertama Yana bekerja waktu pejabat berbanding sebelum ini.Itu membuatkan perasaan beraya kali ini berkobar kobar.



Saya pulang ke Sekinchan pada hari raya pertama dan kedua. Seterusnya ke kampung nenek di Batu Kurau dan pulang semula ke rumah mertua di Felda Besout Sungkai Perak. 


Apabila mengimbau kenangan hari raya sudah semestinya makanan di hari raya terngiang ngiang di fikiran kita semua.

Sudah semestinya juadah utama semasa hari raya ialah rendang, lemang dan ketupat.

Namun ramai juga tuan rumah yang menyediakan masakan masakan lain seperti nasi minyak,soto,bihun sup laksa mee kuah dan sebagainya



Inilah sebahagian foto memori makanan semasa singgah makan dan ziarah di rumah saudara mara,


durian-batu-kurau
Durian Batu Kurau menjadi santapan utama di rumah sedara

Di kampung nenek ada juga rumah saudara mara yang menghidangkan buah durian kebetulan musim durian yang sedang berlangsung ketika ini.


Abang Nuar dan Abah menikmati durian kampung Batu Kurau
Semasa singgah di rumah Pak Teh, dia  menyediakan kami laksa penang. Memang sungguh menyelerakan.

Laksa Pak Teh

Catat Ulasan

0 Ulasan